,
Antarabangsa

Modenas Kriss 110 Hadir Varian Baharu Dengan Brek Cakera, Harga Bermula RM3,877

Erywan
17/12/2020
04:27 MYT
Sebelum menutup tirai tahun 2020, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), memperkenalkan model ikoniknya menerusi Modenas Kriss 110 dengan dilengkapi brek cakera.
Varian baharu itu dilengkapi dengan beberapa peningkatan pada model Kriss 110 yang dilancarkan pada bulan September 2019. Antara peningkatan baharu termasuk ciri-ciri keselamatan yang lebih baik serta gaya yang dikemas kini.
Kriss 110 Disc Brake itu dilengkapi dengan brek cakera piston berkembar pada bahagian hadapan dan brek drum pada bahagian belakang. Ia direka dengan penyerap hentak berkembar, tayar tanpa tiub yang dilengkapi dengan sportrim, warna titanium grey pada penutup enjin dan pelindung ekzos untuk memberikan gaya sporty.
Pada bahagian hadapan, varian Kriss 110 Disc Brake didatangkan dengan lampu hadapan jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada malam. Ia juga dilengkapi dengan reka bentuk grafik baharu yang menarik serta menonjolkan keseluruhan gaya.
Varian Kriss 110 Disc Brake juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kini lengkap dengan meter minyak dan indikator gear digital, soket pengecas USB sambil mengekalkan ruang simpan bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter. Tambahan lain yang tidak terdapat pada kebanyakkan motosikal lain yang berada di dalam kelasnya adalah ciri lampu kecemasan baharu yang sangat penting terutama semasa kecemasan, atau ketika berhenti di tepi jalan kerana hujan lebat.
Prestasinya masih lagi sama iaitu dengan menggunakan enjin 4-lejang, SOHC, silinder tunggal, karburator dan sejukan udara tetapi mempunyai daya maksimum 4.9kW dan tork 6.7 Nm.
Varian Kriss 110 Disc Brake berharga RM3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) menawarkan gaya premium dan ciri-ciri yang biasanya tidak tersedia di kelasnya. Varian baharu ini juga memperkenalkan warna merah sebagai pilihan warna baharu, didatangkan juga bersama biru dan hitam yang ada sebelumnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Roskan berkata, "Ikon Malaysia" itu sekali lagi menjadi pilihan bagi setiap pengguna di Malaysia seperti pendahulunya.
“Ciri-ciri tambahan yang disertakan menjadikan varian Kriss 110 Disc Brake sebagai satu daripada pilihan terbaik untuk pembeli motosikal pertama yang mencari jentera yang boleh dipercayai dan mudah dikendalikan.
“Ia dilengkapi dengan jaminan dua tahun atau 20,000km, atau yang mana terdahulu, diperakui EEV dan sepenuhnya mematuhi piawaian pelepasan Euro 3,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110

gempak
06/05/2024
11:40 MYT
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Sukan

Derrick Gan Terima Hadiah Skuter Modenas Selepas Pulang Dari Doha! - "Ini Sangat Istimewa Kerana ..."

gempak
27/01/2024
17:04 MYT
Derrick Gan menerima hadiah skuter Modenas Karisma sejurus tiba di KLIA.
drebar

Edaran Modenas Sdn Bhd Dilantik Pengedar Eksklusif Motosikal Kawasaki Di Malaysia

gempak
01/10/2021
04:14 MYT
Pelantikan itu merangkumi pengedaran bagi semua rangkaian produk Kawasaki termasuk kenderaan, alat ganti, aksesori dan aktiviti panggil balik.
drebar

Modenas Pulsar NS200 Edisi 2021 Hadir Warna Dan Grafik Baharu, Harga Bermula RM9,655

gempak
29/09/2021
05:44 MYT
Ia akan tersedia di semua bilik pameran MODENAS yang sah pada bulan Oktober 2021.
drebar

Tunggang Uji: Betul Ker Ni Modenas Dominar D400 Facelift, Lain Macam Rasanya…

gempak
23/09/2021
06:34 MYT
Lebih bertenaga, pengendalian lebih bagus dan banyak kosmetik baharu.