Antarabangsa

Modenas Ninja 250 SE ABS! Apa Macam, ON tak?

gempak
Erywan
21/02/2020
02:36 MYT
Sponsor Banner
Modenas Ninja 250 SE ABS! Apa Macam, ON tak?
Modenas mempamerkan motosikal sportbike bersesaran 250cc pertamanya, Ninja 250 SE ABS selepas menjalani kerjasama rakan teknikal dengan Kawasaki Heavy Industries (KHI) di majlis pelancaran Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP) sebentar tadi. Ini adalah satu daripada model KHI yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi dengan menggunakan jenama Modenas. Difahamkan ia akan dilancarkan pada tahun ini dengan satu lagi model yang menggunakan enjin 250cc juga. Adakah ia model Versys 250? Berbanding dengan Ninja 250 SE yang lain, model dengan menggunakan jenama Modenas ini mempunyai teknologi yang lebih baik selepas dilengkapi ciri ABS. Selain itu, jentera itu menggunakan enjin piawaian Euro 4 berbanding Ninja 250 SE sebelum ini hanya Euro 3. Jentera yang menggunakan dua silinder yang menyalurkan 37PS pada 12,500rpm, manakala tork mencecah 23Nm pada 10,000rpm. Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan yang mana ia turut menggunakan kerangka Trellis. Ia menggunakan rim 17 inci yang mana di hadapan menggunakan tayar bersaiz 110/70, manakala 140/70 untuk belakang. Tiada perubahan dari segi mekanikal lain, selain masih mengunakan tangki bahan api sejumlah 14 liter dengan berat bersihnya hanya 167 kilogram. Apa yang anda lihat ini, warna hitam dengan corak grafik ini adalah versi pertama yang diperkenalkan untuk pasaran Asean. Jadi Malaysia cukup bertuah kerana menerima warna edisi daripada Jepun.Spesifikasi:
  • Enjin: DOHC, dua silinder, empat lejang, cecair penyejuk
  • Kuasa maksimum: 37PS pada 12,500rpm
  • Tork maksimum: 23Nm pada 10,000rpm
  • Transmisi: enam kelajuan
  • Tayar hadapan: 110/70 17
  • Tayar belakang: 140/70 17
  • Tangki bahan api: 14 liter
  • Berat bersih: 167kg
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live