Antarabangsa
Modenas Tawar Perkhidmatan Servis Ke Rumah Anda, Lebih Mudah Dan Jimat Masa
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) mengumumkan tawaran perkhidmatan selepas jualan baharu iaitu perkhidmatan bergerak “Direct to your Door”, yang disediakan untuk semua pemilik moped, skuter dan “street bike” jenama Modenas bermula 8 Ogos 2020.
Inisiatif baru ini adalah bersempena dengan Ulang tahun ke-25 Modenas untuk terus mengembangkan serta meningkatkan prestasi perkhidmatan selepas jualan. Pelanggan Modenas di bandar yang terpilih kini tidak perlu bimbang untuk menghantar motosikal mereka untuk diservis kerana kesibukan masa.
Dengan hanya beberapa klik dihujung jari untuk membuat temu janji, pasukan pekhidmatan selepas jualan Modenas akan terus menemui pelanggan dan membantu menjimatkan masa perjalanan untuk servis motosikal. Perkhidmatan bergerak ini disediakan berdasarkan temu janji dalam jarak 15km dari pusat servis yang terpilih.
Harga yang dikenakan bergantung kepada jenis penyelenggaraan + RM10 bayaran caj perkhidmatan:
Berikut adalah pusat servis terpilih yang menawarkan Perkhidmatan Bergerak MODENAS “Direct To Your Door” yang beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu.
- Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak - Nombor Telefon: 04-466 8117
- Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang - Nombor Telefon: 04-466 8199
Must-Watch Video