Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

MotoGP Malaysia 2021 Dibatalkan Pada Oktober Ini

Erywan
20/08/2021 03:41 MYT

Litar Antarabangsa Sepang mengumumkan bahawa bahawa penganjuran Grand Prix (GP) Motosikal (MotoGP) Malaysia 2021 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang mulai 22 hingga 24 Oktober depan, dibatalkan.

Menurut kenyataan media itu lagi, sebelum ini pihak SIC turut membatalkan sesi ujian rasmi bagi MotoGP di litar berkenaan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik pembatalan berkenaan, pihak SIC terus optimis untuk menganjurkan perlumbaan berprestij berkenaan di Sepang pada tahun hadapan.

Difahamkan, biarpun MotoGP Malaysia itu dibatalkan, perlumbaan itu masih lagi diteruskan berkenaan dan diadakan di Misano, Itali.

Pihak SIC mengucapkan terima kasih kepada pihak Dorna Sports S.L, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak berkuasa tempatan, rakan-rakan kongsi serta kesemua peminat sukan permotoran di negara ini atas sokongan berterusan yang diberikan kepada SIC selama ini.