Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Tempatan

Motosikal Buatan China Potong Jualan Yamaha R125 Dan Suzuki GSX-R125 Di UK

Erywan 01/02/2021 | 03:41 MYT

Awal kemunculan jenama dan kenderaan baharu dari China ramai yang bersikap skeptikal bermula dari kualiti hinggalah isu plagiat. Bagaimanapun seiring dengan masa produk-produk 'made in China' semakin baik dan mampu bersaing seiring dengan jenama yang sudah lama di pasaran.

Misalnya satu produk dari China ini dilaporkan memotong jualan Yamaha R125 dan Suzuki GSX-R125 dalam kelasnya. Nama Lexmoto LXR 125 mungkin sedikit asing buat kita, namun ia mendapat perhatian penunggang pemula di United Kingdom dalam kelas sport fairing pengenalan asas.
Kedatangan model itu berjaya mencuri perhatian penunggang Eropah khususnya UK kerana jualan harga yang berpatutan dan kualiti pemasangan cukup baik. Tetapan harga lebih rendah berbanding pesaingnya sekali gus memang resepi pengeluar China sejak mereka mula memasuki pasaran automotif.
Jika pengeluar Jepun menjual produk yang sama pada harga atas Euro 4000 (RM19,584) sedangkan Lexmoto LXR 125 hanya berharga Euro 2100 (RM10,281). Dari segi spesifikasi tidaklah begitu rendah walaupun sedikit di bawah pesaingnya iaitu 14hp sedangkan Lexmoto LXR 125 hanya 12.1hp.
Enjin 125cc menghasilkan kuasa 12.1hp pada 9,500rpm dan tork 9.58Nm pada 6,500rpm dengan kelajuan maksimum 110kmj. Berat jentera 167kg boleh dikategorikan sedikit berat berbanding pesaingnya tetapi ulasan dari penunggang uji menyatakan Lexmoto LXR 125 memiliki kualiti tunggangan yang cukup baik.
Sistem penyejukan masih menggunakan radiator yang dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan. Ciri peralatan yang ditawarkan cukup menarik dengan lampu projektor bersama lampu nyala siang (DRL), ciri LED pada lampu belakang dan signal selain paparan skrin analog dan digital penuh.
Frem teralis dipadankan dengan tuil brek boleh laras, dua brek cakera di depan bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS), ekzos keluli tahan karat dan kaliper radial yang membuatkan pelanggan boleh tergoda. Maka tidak hairan jika penunggang di sana lebih memilih model terbabit berbanding pesaing sedia adanya.
Bahagian kaki dipadankan dengan rim 17-inci bersama tayar bersaiz 110/70 (depan) dan 150/70 (belakang). Walaupun penampilannya sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada model Kawasaki namun ia berjaya memotong jualan Yamaha R125 ataupun Suzuki GSX R 125. Lexmoto LXR 125 didatangkan dengan saiz tangki minyak bersaiz 13.5 liter yang cukup ideal untuk tunggangan harian.

#Lexmoto
;