Watch
Motosikal guna rim unik!
Apa yang anda lihat, ini adalah motosikal kustom daripada Thailand yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu.
Jadi, drebar.my cuba mendapat sedikit maklumat berhubung jentera itu dengan menemu ramah pembinanya melalui Facebook Hot Rod Pattaya.
Jentera itu dibina oleh HotRod Motorcycles Co LTD yang berpusat di Pattaya, Thailand dan hasil binaannya sangat berbeza dan mengagumkan.
Syarikat itu sebenarnya sudah bertapak 16 tahun sejak beroperasi pada 2002 untuk membina motosikal binaan khas. Hasil ciptaannya juga sudah banyak membuah hasil dengan memenangi pelbagai anugerah sebelum ini.
Bagi jentera yang dibina kali ini, ia memiliki karakter yang cukup unik dan menarik lebih-lebih lagi selepas melihat pada roda yang tidak mempunyai bilah.
Motosikal binaan khas itu mengambil masa hampir 10 tahun untuk disiapkan yang mana ia kelihatan rumit dengan hasil buatan sangat kemas.
Boleh dikatakan semua komponen yang digunakan adalah kustom kecuali kotak gear dan tali sawat pada jentera berkenaan.
Ia menggunakan enjin Arlen Ness Ness 124ci S&S yang dipadankan dengan kotak gear bahagian kanan jenama Baker, selain dilengkapi klac auto Granduer.
Malah, bahagian enjinnya diperkemaskan dengan balutan krom serta padanan ekzos unik sekali gus membuatkan tampak menarik.
Bagi membuatkan lain daripada lain, jentera terbabit menggunakan rim tanpa bilah bersaiz 23 inci di bahagian hadapan, manakala belakang dipadankan 18 inci yang berbentuk lebar.
Membina jentera itu bukannya mudah, kerana ia memerlukan Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) untuk menghasilkan motosikal yang boleh ditunggang tanpa sebarang masalah.
Paling mengejutkan, jentera itu memerlukan kos mencecah 4 juta Baht (RM501,524) untuk disiapkan.
Baca juga:
Gambar: Facebook Hot Rod Pattaya