,
Tempatan

MV Agusta Rush 1000, ‘Tebuan’ Kustom Ini Penggayaan Lebih Radikal

Erywan
27/05/2021
03:00 MYT
Sekali imbas, jentera berwarna kuning hitam bak tebuan ini tampak seperti ia datang dari bengkel yang menawarkan kerja-kerja kustom. Sebenarnya, ia adalah model edisi khas MV Agusta yang dikenali sebagai Rush 1000.
Terhad kepada 300 unit sahaja untuk pasaran global, Rush 1000 menggunakan model Brutale 1000 sebagai asas namun seperti yang boleh dilihat, ia mempunyai penggayaan lebih radikal.
Saiznya sedikit besar menunjukkan yang model ini agak berat namun ia diseimbangkan menerusi penggunaan material gentian karbon pada bahagian lampu utama, panel sisi bahagian ekor, pelindung ekzos serta penutup rim belakang.
‘Nadi’ Rush 1000 adalah enjin 998cc, empat silinder sebaris yang menghasilkan 208hp pada 13,000rpm dan 116.5Nm pada 11,000rpm. Antara penambahbaikan dilakukan pada enjin ini adalah pemasaan aci engkol yang meningkatkan pengeluaran tork pada julat rendah dan pertengahan.
Selain itu, transmisi enam kelajuan diperkukuhkan bagi memastikan ia mampu menampung kuasa yang dihasilkan, manakala ciri Quickshifter turut ditala untuk penukaran gear yang lebih cepat. Ngauman enjin itu datang dari sistem ekzos titanium dengan muncung berkembar yang terletak pada sisi kanan motosikal.
Kerangka Trellis Chromoly jentera ini dikekalkan namun sistem suspensi Ohlins-nya telah dikalibrasi semula. Bagi memastikan jentera ini mampu berhenti dengan efektif, MV Agusta menggunakan angkup Brembo Stylema dan cakera berkembar berukuran 320mm pada bahagian hadapan, dan cakera tunggal 220mm dengan angkup dua piston di belakang.
Turut dinaik taraf adalah sistem elektronik IMU yang merangkumi ciri-ciri seperti Traction Control, Wheelie Control, Launch Control Cruise Control dan Cornering ABS. Semua ciri ini boleh diakses menerusi paparan TFT berukuran 5.5 inci.
Dijual pada harga 38,000 Euro (RM191,855), setiap pembelian Rush 1000 didatangkan dengan kit lumba yang mengandungi sistem ekzos SC Project, ECU perlumbaan yang mampu meningkatkan kuasanya kepada 212hp, dan peralatan-peralatan lain untuk digunakan di litar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sean Lee Nafi Tiru Tarian Jungkook - "Sebenarnya Idea & Konsep Sudah Dibuat Awal"

gempak
18/01/2024
00:55 MYT
"Saya tak tiru sesiapa pun"
Laman Utama

Lyodra Hampir Pengsan Ketika Shooting Muzik Video Ada Bersama Afgan

gempak
21/10/2023
14:12 MYT
Dua penyanyi bersuara merdu, Afgan dan Lyodra, berkolaborasi dalam lagu berjudul “Ada”.
Laman Utama

KLIK KLIK Lagi Cun! Comelnya MV HONOR 90 Dari Janna Nick Ni Ada Vibes K-Pop Lah

gempak
01/08/2023
08:18 MYT
MV Baru Janna Nick KLIK KLIK Lagi Cun!
Laman Utama

"Ia Seksi & Sensual Tapi Tak Keterlaluan" - Airliftz Berkarya Dalam MV Princess Bubblegum

gempak
16/06/2023
11:57 MYT
Airliftz masih lelaki Melayu Islam.
Laman Utama

#GMWA2022: Baju Telekung Tribute MV Ku Ikhlaskan, Vida; "Inspirasi Sempena Ramadan Bakal Tiba"

gempak
27/02/2023
09:53 MYT
Vida bergaya dengan fesyen ala telekung pula...
BorakSeeni