Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Mytukar Bakal Buka Empat Cawangan Baharu Pada Suku Keempat Tahun ini.

Erywan 04/11/2020 | 07:32 MYT

MyTukar Sdn Bhd, platform jual-beli kenderaan terpakai secara atas talian mensasarkan empat lagi cawangan dibuka pada suku keempat tahun ini, menjadikan 16 buah cawangan baharu myTukar untuk seluruh negara.

Empat lagi cawangan baharu bakal dibuka pada suku keempat tahun ini termasuklah cawangan kedua di Johor Bahru dengan keluasan 29,000 kaki persegi. Ia juga adalah hab myTukar untuk Logistik Bahagian Selatan dan hab utama untuk pemeriksaan kereta. Cawangan-cawangan lain terletak di bandar-bandar kedua sekitar Semenanjung Malaysia, iaitu di Kuantan, Batu Pahat dan Seremban.
Dengan pembukaan cawangan baru dalam tahun 2020, ia boleh meluaskan lagi hubungan dengan pelanggan dalam memberikan kepuasan penjualan kereta yang tiada tandingan. Lebih banyak cawangan sedang dalam perancangan meliputi lebih banyak bandar-bandar di Malaysia untuk tahun 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Fong Hong Sum berkata, pembukaan sejumlah cawangan baru myTukar adalah satu titik penting sejak beroperasi pada 2018.
“Dorongan kami adalah misi untuk mendigital dan mentransformasikan cara tradisional penjualan kenderaan terpakai.
“Saya turut berbangga bahawa myTukar dibangunkan oleh individu-individu yang memang terbabit di dalam industri kenderaan terpakai, dan ia bertujuan untuk memperkuat dan membantu pengedar-pengedar kenderaan terpakai yang lain melalui platform teknologi,” katanya.
Pada September lalu, tiga cawangan baru dibuka membabitkan di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh. Usaha pengembangan ini disokong oleh CARRO, platform berteknologi tinggi untuk pusat jualan automotif Asia Tenggara yang berpengkalan di Singapura pada September 2019.
Platform berteknologi inovatif yang mula beroperasi pada tahun 2018 ini sedang dalam strategi pengembangan perniagaan khusus untuk industri kenderaan melalui proses pembelian digital.
Sehingga kini, rangkaian meluas sebanyak 2,000 pengedar MyTukar sudah melakukan urusan jual-beli untuk lebih dari 23,000 buah kenderaan dengan nilai anggaran sebanyak RM750 juta.

#mytukar
;