Pada September lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) mempertontonkan model naked baharunya iaitu dan MT-15, tetapi ketika itu harganya masih lagi belum diumumkan.


Kini selepas hampir dua bulan diperkenalkan, HYLM secara rasminya mengumumkan harganya yang dijual pada RM11,998 tidak termasuk cukai jalan dan insuran. Harganya itu hampir menyamai model Yamaha YZF-R15 yang ada di pasaran ketika ini.


Didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km, MT-15 menggunakan enjin VVA 155cc, silinder tunggal dan penyejuk cecair. Enjin itu mampu menyalurkan 19hp pada 10,000rpm dengan tork setingg 14.7Nm pada 8,500rpm. Ia juga dilengkapi dengan transmisi enam kelajuan yang mempunyai sistem slipper dan bantuan klac.


Ini adalah model paling kecil bagi keluarga MT. Apa yang menariknya, model MT15 itu dipadankan fork terbalik dengan kemasan emas dan berbeza MT25 hadir warna hitam.


Biarpun hampir sama dengan MT-25, ia masih ada sedikit perbezaan, di mana tangki bahan apinya hanya 10 liter. Ia juga menggunakan meter kelajuan LCD untuk memaparkan pelbagai maklumat, selain menggunakan untuk lampu LED hadapan dan belakang.