,
Antarabangsa

Negara Eropah Bakal Dapat Ford Mustang Mach 1, Model Mustang Produksi Terpantas Di Litar

Erywan
19/10/2020
08:20 MYT
Beberapa hari selepas mengumumkan rancangannya untuk menjual Mustang Mach 1 di peringkat global, Ford kini memperkenalkan versi pasaran Eropah model berprestasi tinggi itu.
Sama seperti versi pasaran Amerika Utara yang didedahkan pada Jun tahun ini, model ini dikuasakan oleh enjin NA 5.0-liter V8 namun hamburan kuasanya dikurangkan daripada 580hp/569Nm kepada 523hp/529Nm.
Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi, pengurangan ini berkemungkinan besar dilakukan bagi membolehkan Ford mematuhi piawaian emisi Eropah yang lebih ketat. Jika anda masih ingat, perkara yang sama juga berlaku kepada Mustang Bullitt dua tahun yang lalu.
Model edisi terhad ini ditawarkan dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik 10 kelajuan dan manual enam kelajuan keluaran Tremec. Transmisi manual itu menggunakan cakera klac berkembar untuk penukaran gear lebih agresif dan juga teknologi pemadanan rev. Apa yang menarik, pemandu juga boleh menukar gear tinggi tanpa melepaskan pedal pendikit.
Tidak kira transmisi apa yang dipilih, Mustang Mach 1 dilengkapi dengan ‘differential’ mekanikal pada gandar belakang bagi mendapatkan lebih cengkaman. Selain itu, ia juga mendapat sistem ekzos ekzos aktif dengan muncung berukuran 4.5 inci yang menyerlahkan lagi ngauman ikonik V8 itu.
Menurut Ford, Mustang Mach 1 adalah model Mustang produksi terpantas di litar yang pernah ditawarkan untuk pelanggannya di Eropah. Prestasi ini disumbangkan oleh sistem suspensi unik yang terdiri daripada peredam MagnaRide, sistem stereng kuasa (EPAS) yang ditala semula dan rim 19 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport 4.
Satu lagi faktor adalah penggunaan komponen-komponen aerodinamik yang dipertingkatkan seperti ‘splitter’ hadapan, ‘diffuser’ daripada Mustang Shelby GT500, serta ‘undertray’ yang lebih panjang. Hasilnya, model ini menjana 22 peratus lebih tinggi ‘downforce’ berbanding Mustang GT.
Akhir sekali, Ford turut menyertakan ‘brake booster’ dengan spesifikasi lebih tinggi yang dikatakan dapat memberikan prestasi membrek yang konsisten walaupun ketika kenderaan dipandu secara agresif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.
drebar

Ford AS Beri Insentif AS$1,000 Untuk Pelanggan Terus Bersabar

gempak
11/06/2021
04:22 MYT
Kelewatan stok kenderaan tiba kepada kumpulan pengedar berpunca daripada masalah bekalan cip semikonduktor global.
drebar

Ford Maverick - Trak Pikap Kompak, Lebih Kecil Daripada Ranger

gempak
11/06/2021
02:55 MYT
Biarpun kecil, ia masih dikekalkan dengan kemampuan untuk membawa beban maksimum 680kg dan kapasiti tunda maksimum 907kg.
Unitar