Beberapa hari selepas mengumumkan rancangannya untuk menjual Mustang Mach 1 di peringkat global, Ford kini memperkenalkan versi pasaran Eropah model berprestasi tinggi itu.
Sama seperti versi pasaran Amerika Utara yang didedahkan pada Jun tahun ini, model ini dikuasakan oleh enjin NA 5.0-liter V8 namun hamburan kuasanya dikurangkan daripada 580hp/569Nm kepada 523hp/529Nm.
Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi, pengurangan ini berkemungkinan besar dilakukan bagi membolehkan Ford mematuhi piawaian emisi Eropah yang lebih ketat. Jika anda masih ingat, perkara yang sama juga berlaku kepada Mustang Bullitt dua tahun yang lalu.
Model edisi terhad ini ditawarkan dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik 10 kelajuan dan manual enam kelajuan keluaran Tremec. Transmisi manual itu menggunakan cakera klac berkembar untuk penukaran gear lebih agresif dan juga teknologi pemadanan rev. Apa yang menarik, pemandu juga boleh menukar gear tinggi tanpa melepaskan pedal pendikit.
Tidak kira transmisi apa yang dipilih, Mustang Mach 1 dilengkapi dengan ‘differential’ mekanikal pada gandar belakang bagi mendapatkan lebih cengkaman. Selain itu, ia juga mendapat sistem ekzos ekzos aktif dengan muncung berukuran 4.5 inci yang menyerlahkan lagi ngauman ikonik V8 itu.
Menurut Ford, Mustang Mach 1 adalah model Mustang produksi terpantas di litar yang pernah ditawarkan untuk pelanggannya di Eropah. Prestasi ini disumbangkan oleh sistem suspensi unik yang terdiri daripada peredam MagnaRide, sistem stereng kuasa (EPAS) yang ditala semula dan rim 19 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport 4.
Satu lagi faktor adalah penggunaan komponen-komponen aerodinamik yang dipertingkatkan seperti ‘splitter’ hadapan, ‘diffuser’ daripada Mustang Shelby GT500, serta ‘undertray’ yang lebih panjang. Hasilnya, model ini menjana 22 peratus lebih tinggi ‘downforce’ berbanding Mustang GT.
Akhir sekali, Ford turut menyertakan ‘brake booster’ dengan spesifikasi lebih tinggi yang dikatakan dapat memberikan prestasi membrek yang konsisten walaupun ketika kenderaan dipandu secara agresif.
Erywan
Mon Oct 19 2020
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.