NIO EC6 - Kenderaan Elektrik China Yang Cantiknya Di Luar Jangkaan Anda
Erywan
02/05/2020 07:19 MYT
02/05/2020 07:19 MYT
Syarikat ‘startup’ dari China iaitu Nio memperkenalkan model ketiga dalam barisan kenderaan elektrik mereka iaitu EC6.
Model SUV ini hadir dengan reka bentuk ‘coupe’ segak yang memberikannya tahap pekali seretan yang rendah iaitu 0.27. Ia juga dilengkapi dengan bumbung kaca berukuran 2.1 meter persegi serta pemegang pintu tersorok ala Range Rover Velar.
Menurut Nio, EC6 versi Performance dikuasakan oleh dua motor elektrik, masing-masing dengan kapasiti 160kW dan 240kW. Gabungan ini membolehkan SUV itu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.7 saat.
Bagi jarak pemanduan, EC6 boleh dipandu sejauh 615km (mengikut kitaran NEDC) dengan adanya pek bateri berkapasiti 100kWh yang baru diperkenalkan oleh syarikat itu.
Perincian yang lebih menyeluruh akan didedahkan pada Julai tahun hadapan, iaitu dua bulan sebelum model ini dipasarkan.
Selain EC6, Nio turut memperkenalkan ES8 yang menerima naik taraf dari segi reka bentuk serta kelengkapan. Antara pembaharuan yang dimaksudkan adalah pelindung port pengecasan pintar, kunci NFC serta kluster instrumen digital 9.8 inci dan sistem infotainmen dengan skrin 11.3 inci.
Dari segi prestasi, model ini dikuasakan oleh dua motor elektrik yang menjana kuasa keseluruhan sebanyak 400kW. Ia mampu melakukan pecutan 0-100km/j dalam 4.9 saat dan bergerak sejauh 580km dengan satu pengecasan penuh.