Bagi pasaran Malaysia, Nissan Almera 1.0L Turbo memberi satu lembaran baharu dalam industri automotif tempatan. Ini kerana, ia adalah satu-satu kenderaan segmen B yang menggunakan enjin turbo berkapasiti 1.0 liter untuk pasaran negara kita.
Dan boleh dikatakan juga, Edaran Tan Chong Malaysia (ETCM) mahu memberi perubahan dalam menyediakan kenderaan yang lebih bagus kepada masyarakat tempatan. Jadi untuk mengetahui Nissan Almera 1.0L Turbo ini, sedap atau tidak. Penulis diberi kesempatan memandu uji Nissan Almera 1.0L Turbo varian paling tinggi iaitu VLT.
Reka Bentuk
Bagi pasaran Malaysia, Nissan Almera mula diperkenalkan menerusi generasi ketiga, manakala versi 1.0L Turbo ini sebenarnya adalah model generasi keempat.
Dari segi dimensi, Almera Turbo itu lebih panjang, lebar dan rendah berbanding sebelum ini. Secara keseluruhannya, ia 70mm lebih panjang, 45mm lebar dan 40mm rendah, selain jarak roda dipanjangkan sebanyak 20mm berbanding Almera sebelumnya.
Dari segi reka bentuk, model generasi keempat memiliki karakter yang cukup menarik dan lebih bergaya berbanding terdahulu. Jika kita lihat pada bahagian hadapan, Almera Turbo ini diserlahkan dengan jeriji V-motion dan didatangkan lampu utama depan dan belakang serta kabus LED. Paling menarik adalah lampu belakangnya, apabila ia mempunyai kemasan bingkai hitam.
Bahagian sisi, selain mempunyai garisan lekuk pada badan kenderaan untuk membuatkan ia lebih menarik. Mungkin anda tidak perasaan bingkai cermin tepi warna hitam dari hadapan hingga kebelakang membuatkan ia tidak bercantum pada but belakang, ini adalah satu lagi rekaan unik yang ada padanya.
Tidak cukup dengan itu, ia juga menerima kosmetik luaran yang sedikit sporty dengan penggunaan spolier kecil dibelakang dan menggunakan rim 16 inci dua tona warna. Malah, bahagian bampar belakang juga diperkemaskan seperti kemasan gentian karbon.
Oh tidak lupa juga, model ini tidak mempunyai antena pada bumbung seperti kenderaan segmen B lain. Namun, frekuensi radio masih lagi jelas diterima kerana antena itu terletak pada bahagian cermin belakang. Jangan pula anda tercari-cari antena pada bumbung ya!
Ruang Kabin
Ruang kabin Almera Turbo jelas menarik dengan imej orang muda yang mahu kereta sporty, terkini dan premium. Kini ia hadir dengan panel instrumen ‘Gliding Wing’ dengan sentuhan krom, kemasan piano berwarna hitam dan tekstir bercorak gentian karbon.
Ia juga dipadankan stereng sporty yang rata pada bahagian bawahnya dan turut menggunakan panel meter berwarna separa digital bersaiz tujuh inci. Panel meter ini, boleh dikatakan agak canggih. Mana tidaknya, hanya meter kelajuan sahaja menggunakan analog, manakala yang lain seperti takat RPM dan maklumat kenderaan dipaparkan secara digital.
Sistem audio skrin sesentuh lapan inci juga menarik dengan paparan resolusi yang agak tinggi dan ia boleh disambung dengan Apple Car Play sahaja.
Pada papan pemuka, penggunaan material campuran seperti keras dan lembut membuatkan Nissan Almera 1.0L tubro ini tampak premium. Cuma apa yang penulis tidak berkenan, adalah penggunaan warna cerah pada papan pemuka dan kerusi balutan kulit bahagian hadapan, ia mungkin membuatkannya cepat kotor lebih-lebih lagi jika penggunanya yang mempunyai anak kecil.
Tempat duduk belakang, ruang kelegaan kakinya agak luas untuk memberi keselesaan optimum, cuma bahagian bumbung sedikit rendah dan mungkin tidak sesuai bagi mereka yang tinggi. Namun ada sedikit kekurangan pada ruang belakang ini, ia tidak dilengkapi corong penyaman udara belakang. Maklumlah, negara kita ni bukannya sejuk sangat!
Ruang But Belakang
Bagi mereka yang kerap balik kampung, Nissan Almera 1.0L Turbo sangat sesuai untuk anda kerana ia mempunyai ruang but yang agak luas dengan kapasiti 482 liter. But belakang boleh isi sehingga empat beg golf dan kini hadir dengan bukaan lebih rendah serta luas supaya mudah diakses.
Istimewanya untuk pasaran Malaysia, tempat duduk belakang itu boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 dan ia berbeza spesifikasi Thailand. Jadi untuk isi benda panjang, ia memang sesuai.
Prestasi
Bagi semua varian Almera iaitu VL, VLT dan VLP berkongsi enjin 1.0 liter yang menyalurkan 100PS pada 5,000rpm dengan tork setinggi 152Nm bermula 2,400 sehingga 4,000rpm.
Enjin itu juga hadir dengan Teknologi Saduran Gerek Cermin yang diadaptasi daripada Nissan GT-R untuk membantu mengurangkan geseran antara gelang omboh dan bahagian dalam silinder. Ia turut membantu meningkatkan ketahanan, mengurangkan masalah kehausan dan pengurusan haba.
Apa yang menariknya dengan enjin baharu itu, ia menampilkan beberapa inovasi teknikal yang mana membuatkan pemandu akan merasai pecutan serta-merta. Ini berpunca daripada wastegate elektronik yang menambah baik mampatan turbo dengan membuka dan menutup injap lebih efisyen, sekali gus mengurangkan turbo lag.
Prestasinya terbukti, kenderaan ini memberi kuasa pecutan yang cukup bagus untuk memecut dari 0-120km/j dengan kadar singkat. Jadi ia membuatkan penulis lebih yakin untuk memotong kenderaan, kerana ia rasa ringan dan kadar pecutannya agak responsif.
Pengendalian Dan Penggunaan Bahan Api
Sepanjang pemanduan, tindak balas sterengnya juga agak baik. Pada kelajuan kurang 80km/j di selekoh biasa, kenderaan ini memberi kestabilan dan keyakinan kepada penulis.
Cuma anda perlu tahu, kereta ini adalah penggunaan harian untuk pemanduan biasa. Ia bukannya untuk pemanduan agresif seperti di litar, jadi pastinya ia tidak sesuai untuk melayan selekoh pada kelajuan tinggi.
Tahap penggunaan minyak, ia juga memberi penjimatan bahan api dengan purata 18.4km/L atau mampu dipandu sejauh 650km dengan satu tangki penuh berkapasiti 35 liter. Ni dah kira bagus!
Ciri Keselamatan
Almera generasi sebelum ini, boleh dikatakan agak kurang dari ciri keselamatan. Bagaimanapun, versi generasi baharu ini didatangkan dengan enam beg udara SRS, manakala dua beg udara untuk varian VL.
Namun, semua varian termasuk jentera pandu uji ini dilengkapi dengan ciri keselamatan lain membabitkan Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Hill Start Assist (HSA) dan ISOFIX.
Kesimpulan
Bagi varian VLT ini, ia sebenarnya sebuah segmen B yang sudah cukup lengkap dari segi reka bentuk menarik, prestasi yang mengagumkan dan jimat minyak. Dengan sarat teknologi terkini juga, penulis rasanya harga yang ditawarkan pada RM91,310 (Tanpa Cukai Jualan) adalah tidak terlalu mahal dan sesuai dengannya.
Erywan
Tue Dec 01 2020
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).
Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.
Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
RTM memilih untuk menangguhkan tayangan drama membabitkan pelakon yang namanya hangat menjadi bahan bualan netizen dan masyarakat susulan beberapa kontroversi yang tercetus.
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama