Nissan dan NISMO (Nissan Motorsports International Co LTD) mempamerkan jentera lumba versi 2020 menerusi model Nissan GT-R NISMO GT500.

NISMO bertanggungjawab membangunkan jentera itu dengan menggunakan model Nissan GT-R NISMO dan akan digunakan pada perlumbaan siri Super GT 2020.

Ia juga akan memenuhi peraturan teknikal Class 1 baharu untuk digunakan secara seragam dalam siri Super GT dan DTM (Deutsche Tourenwagen Masters).

Jentera itu akan diuji di Litar Suzuka Jepun bermula hari ini untuk pembangunan lanjut.

Berdasarkan spesifikasi Nissan GT-R NISMO, ia menggunakan enjin VR38DETT 3.8 litre twin-turbo V6 yang menyalurkan 600hp dengan tork mencecah 652Nm.



Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke transmisi klac berkembar dengan padanan kotak gear enam kelajuan yang dihantar ke semua rodanya.

Bagaimanapun, bagi jentera Nissan GT-R NISMO GT500, sudah pasti prestasi dan pengendaliannya dipertingkatkan. Bagaimanapun, Nissan dan NISMO tidak mendedahkan spesifikasi jentera mereka kepada umum.