Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nissan GT-R Talaan Kuhl Racing Kemasan Cat Emas Untuk Dijual, Harga Bermula RM2.2 juta

Erywan
16/03/2021 00:04 MYT
Pada Januari 2016, syarikat talaan Jepun Kuhl Racing mendedahkan sebuah unit Nissan GT-R R35 yang paling memukau dan berkilau. Kini model itu muncul kembali untuk dijual di Dubai.

Kit badan lengkap khas GT-R itu diukir dengan tangan yang kemudian disembur dengan cat emas. Tentunya hasil kerja sedemikian memerlukan masa lama serta ketelitian kerana itulah harga model terbabit bermula $550,000 (RM2.2 juta).


Panel badan Nissan GT-R R35 dilayangkan dengan beberapa lapisan cat berwarna emas sebelum diakhiri dengan kemasan berwarna krom.

Kemudian bahagian rim disembur dengan cat dua rona warna iaitu hitam dan krom. Ekzos dinaiktaraf kepada titanium yang kemudian disempurnakan dengan suspensi yang lebih rendah.


Masuk ke kabin, Kuhl Racing memilih kerusi jenis bucket dari jenama Recaro yang kemudian disematkan dengan aksesn krom keemasan pada konsol tengah, pemegang pintu dan corong penyaman udara.

Dari segi prestasinya, Kuhl Racing menaik taraf enjin 3.8-liter twin-turbocharged itu yang kini mampu menyalurkan 820hp.


Ia juga menggunakan ekzos titanium tempahan khas yang tampak unik untuk meningkatkan lagi penampilannya.

Nissan GT-R itu memiliki jarak perbatuan sejauh 6,000km dan kini mencari pemilik baharu. Untuk peminat di Malaysia, ia mungkin tidak sesuai kerana jentera terbabit memiliki pemanduan di sebelah kanan.



Sumber Gambar: Auto Deals Buy Sell Trade-In

#Nissan
;