Sejak diperkenalkan di Indonesia pada tahun lalu, Nissan Livina menjadi satu model kenderaan penjualan terbaik bagi jenama Nissan di negara berkenaan.

Justeru itu, Nissan Indonesia mengumumkan satu edisi terhad bagi model berkenaan dengan ditawarkan Pakej Sporty.


Nissan Livina dengan Pakej Sporty menggunakan cat hitam dengan kemasan merah di bahagian luarannya, selain tempat duduk menerima kombinasi warna yang sama.

Selain itu, Nissan Livina edisi terhad itu turut dilengkapi dengan Around View Monitor (AVM) yang menampilkan berbagai sudut pandang kamera, termasuk bird’s-eye view, untuk memudahkan pemandu memasuki parkir atau melalui jalan sempit.

Pada masa sama, ia turut dilengkapi dengan lampu Welcome dan Coming Home yang mana ia berfungsi dengan menyalakan lampu kecil kenderaan selama kira-kira 30 saat menutup senjin dan membuka pintunya.


Ia masih melengkapi ciri Nissan Livina sebelum ini dengan kemudahan banyak ruang penyimpanan, Smart Connectivity Audio dan Intelligent Hill Start Assist.

Namun, MPV itu hanya ditawarkan hanya 100 unit sahaja yang mana ia boleh ditempat bermula semalam di negara berkenaan. Dari segi harganya, ia dijual Rp 265,400,000 (RM80,140).