Nissan Magnite Lancar Di India, Harga Macam Dari Perodua Axia Hingga Myvi
Erywan
16/12/2020 02:28 MYT
16/12/2020 02:28 MYT
Kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Magnite diperkenalkan di India dan kehadiran model itu bakal bersaing dengan produk Hyundai Venue, Kia Sonet, Vitara Brezza dan Tata Nexon.
Model terbabit didatangkan dalam empat varian iaitu XE, XL, XV dan XV Premium. Pelanggan boleh memilih 20 konfigurasi berbeza termasuklah pek teknologi.
SUV berkenaan dilengkapi dengan dua pilihan enjin iaitu 1.0L aspirasi natural yang menghasilkan kuasa 72PS dan tork 92Nm dan enjin 1.0L turbo petrol pula menawarkan kuasa 100PS dan tork 160Nm.
Kemudian enjinnya ditawarkan dengan pilihan transmisi CVT atau manual, selain didatangkan sembilan warna badan iaitu lima warna monotone dan empat dual tona. Fascia depan dilengkapi dengan indikator selekoh gaya lightsaber, lampu nyala siang (DRL) LED bentuk L serta bentuk gril seolah Datsun GO.
Masuk ke kabin, Nissan Magnite dilengkapi dengan struktur panel instrumen horizontal bersama pek teknologi yang merangkumi pengecas wayarles, pembersih udara, lampu lopak (puddle), lampu suasana dan pembesar suara JBL Harman.
Kerusi belakang boleh dilipat dengan nisbah 60:40 dan Nissan mendakwa ruangan yang ditawarkan lebih lapang di belakang iaitu 700mm (jarak pemandu dan penumpang depan), 593mm (ruang lutut belakang) dan 76mm (ruang kepala belakang). But belakang memiliki keluasan 336 liter.
Meter TFT bersaiz tujuh inci memaparkan animasi 'Welcome' dan sistem pemantauan tekanan tayar. Sistem hiburan lapan inci dengan ciri skrin sentuh boleh disambung kepada Apple CarPlay dan Android Auto serta pengecaman suara binaan dalam. Harga jualan model itu bermula dari ₹4.99 lakh (RM27,452) hingga ₹9.35 lakh (RM51,439).