SB Motorsport, sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan kereta drift Nissan GT-R di Eropah.

Kali ini syarikat berkenaan menghasilkan satu lagi model paling mencabar iaitu Nissan Navara dikuasakan oleh GT-R.


Watak utama janakuasa enjin VR38 twin-turbo GT-R akan menggantikan enjin diesel standard untuk prestasi yang lebih mantap pada trak pikap itu dengan kuasa melebihi 1,000hp.

Tiada siapa yang berani menyahut cabaran ini melainkan SB Motorsport yang memiliki rekod terbaik dalam pembinaan jentera kustom dan diiktiraf di peringkat global.


Model drift Nissan GT-R sebelum ini turut menerima pengiktirafan sama dengan jutaan tontonan sejak dilancarkan pada 2017.

Pengasas SB Motorsport, Stephen Biagioni berkata sejak perlumbaan ditangguhkan, SB Motorsport berpeluang menghasilkan sebuah kereta yang hebat dengan campuran prestasi dan praktikaliti.

Navara-R tidak perlu dipertikaikan lagi dan ini adalah cabaran buat kami.

“Bagi mengekalkan jentera itu sah dipandu di jalan raya dengan kontra mod berbanding menghasilkan casis kereta lumba dengan tambahan minimum," katanyanya.


Nissan Navara akan mengekalkan penampilan standard kabin seboleh mungkin bagaimanapun dengan kuasa hampir 1,000hp bahagian casis akan menggunakan tetapan suspensi GT-R untuk pengendalian lebih mantap.

Proses modifikasi itu boleh dilihat menerusi video Youtube:

Sumber: www.fastcar.co.uk