Nissan Navara Versi Macho, PRO-4X Bakal Lancar 16 April Ini
Erywan
26/03/2021 09:07 MYT
26/03/2021 09:07 MYT
Sebelum pelancaran Nissan Navara yang dipertingkatkan, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) terlebih dahulu mempersembahkan varian paling tinggi dan macho dalam keluarga trak pikap itu menerusi PRO-4X.
Jentera yang bakal dilancarkan pada 16 April ini menjadi model pertama Navara yang menggunakan nama PRO-4X. Ia juga bakal bersaing dengan trak pikap jenama lain seperti Ford Ranger WildTrak dan juga Toyota Hilux 2.8 Rogue.
Terkenal dengan panggilan ‘Mother Trucker’, Navara PRO-4X tampil dengan karakter lebih lasak dan macho dengan penggunaan jeriji besar warna hitam dengan pada bahagian atasnya tertera nama Navara.
Dimensinya juga berbeza apabila ia lebih panjang 5mm, lebar (+25mm) dan tinggi (+15mm), cuma jarak roda yang masih sama dengan model sebelumnya.
Pada masa sama, ia diperkemaskan dengan warna hitam pada beberapa komponen lain membabitkan cermin sisi, pemegang pintu, dapra bahagian roda, roof rails dan pemijak kaki. Pada masa sama, penampilan lebih menyerlah dengan padanan rim hitam 17 inci yang dibaluti Tayar All-Terrain (A/T).
Logo Nissan juga bukan lagi berwarna krom, tetapi menerima kemasan merah untuk membuatkannya lebih garang.
Selain itu, lampu utama hadapan baharu menggunakan Quad LED Projector dan bahagian dalamannya juga mempunyai siang berbentuk C. Lampu belakang pula mempunyai rekaan sama dengan berbentuk C, selain pintu but belakang tertera nama Navara tulisan timbul.
Pintu but belakang baharu yang digunakan kini lebih ringan untuk dibuka dan ditutup, selain dilengkapi bampar yang mempunyai tempat pemijak kaki. Biarpun kapasiti ruang kargonya masih sama, ia kini mempunyai tempat pengikat yang didatangkan sebagai ciri standard.
Ruang dalamannya, semuannya bahagian berwarna hitam kecuali pada bumbungnya. Warna gelap itu memberi satu suasana yang cukup kemas dan premium, selain itu ia dipadankan skrin audio lapan inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Tidak lupa juga, bahagian meter dilengkapi Paparan Digital Bantuan Pemandu Termaju bersaiz tujuh inci untuk memberi maklumat berhubung trak pikap berkenaan. Navara PRO-4X ini juga lebih mesra dengan gajet, apabila mempunyai empat USB untuk Type-C dan Type-A.
Bagi memberi ruang kabin lebih senyap, Navara PRO-4X menggunakan lapisan akustik pengasingan bunyi pada cermin hadapan dan tingkap. Tempat duduknya terutama bahagian belakang mempunyai ciri baharu membabitkan kusyen dan lengkungan belakang untuk memberi keselesaan. Tempat belakang itu juga mempunyai perehat tangan yang mempunyai dua tempat meletak minuman.
Selain peningkatan bahagian dalaman dan luaran, sistem keselamatan juga dinaik taraf dengan teknologi Nissan Intelligent Mobilty untuk memberi perlindungan penumpang serta pemandu.
Untuk buat kali pertama kali, Navara PRO-4X ini didatangkan Ciri Monitor Pemandangan Sekeliling Pintar (I-AVM) dengan mod Off-Road. Ia boleh mengesan halangan di kawasan sekeliling ketika menggunakan mod pacuan empat roda (4LO Mode).
Ciri lain yang ada membabitkan Intelligent Predictive Foward Collision Warning, Intelligent Foward Emergency Braking, Intelligent Driver Alertness, Lane Departure Warning, Rear Cross Traffic Alert, High Beam Assist, Blind Spot Warning dan Intelligent Moving Object Detection.
Dari segi prestasi, ia masih menggunakan enjin YD25 empat silinder DOHC Intercooler Turbo-diesel yang menyalurkan 190PS pada 3,600rpm dengan tork setinggi 450Nm pada 2,000rpm. Kuasa itu disalurkan ke kotak gear tujuh kelajuan manuan dengan mod manual.
Cuma Navara PRO-4X ini dilengkapi dengan sistem Electronic Locking Rear Diffrential baharu yang memudahkan untuk kawalan sekiranya terperangkap dalam lumpur atau pasir.
Pengendaliannya hampir sama dengan SUV selepas menggunakan suspensi belakang Multilink dengan Dual-Rate Coil Springs untuk mengurangkan olengan serta memberi kestabilan ketika memandu.
Bagi pilihan warna, ia ditawarkan empat pilihan iaitu kelabu, merah, putih dan hitam. ETCM buat masa ini, masih lagi mengunci mulut mereka tentang harganya. Kita tunggu sahaja ketika pelancarannya pada 16 April ini!