Tempatan

Nissan Note Aura, Pilihan Varian Baharu Yang Lebih Premium

gempak
Erywan
17/06/2021
04:27 MYT
Sponsor Banner
Nissan Note Aura, Pilihan Varian Baharu Yang Lebih Premium
Nissan Note generasi ketiga yang diperkenalkan pada November tahun lalu kini mempunyai varian baharu yang dikenali sebagai Note Aura. Menurut Nissan, ia dilengkapi dengan trenkuasa yang sama dengan model asal, namun dengan penambahan kemasan yang lebih premium dan beberapa kelengkapan lain.
Selain itu, Note Aura juga boleh dibezakan berdasarkan penampilannya, di mana varian baharu ini dilihat mempunyai lampu LED lebih langsing dan jeriji V-Motion yang kurang bersegi. Apa yang menarik, ukuran lebar hatchback ini juga bertambah sebanyak 4cm.
Nissan menawarkan 14 variasi warna badan, dengan lima kombinasi dua-tona termasuk Garnet Red dengan Super Black dan Midnight Black dengan Sunrise Copper. Ia dipadankan dengan rim aluminium berukuran 17 inci dengan kemasan gunmetal.
Di dalam, tempat duduk Zero Gravity boleh didapati dalam dua variasi iaitu fabrik bercorak Herringbone dengan kulit sintentik atau upholsteri kulit tulen berkualiti tinggi. Bahagian bawah panel instrumen dan konsol tengah pula dihiasi dengan kemasan kayu.
Peminat audio atau ‘audiophile’ kini boleh mendapatkan sistem audio Bose Personal Plus yang mempunyai pembesar suara di dalam perehat kepala tempat duduk hadapan serta teknologi pemprosesan canggih untuk pengalaman mendengar akustik yang premium.
Menjadikan suasana di dalam kabin lebih selesa adalah penebat bunyi tambahan pada bahagian pintu, bumbung dan kaca tingkap pintu hadapan.
Seperti versi standard, Note Aura digerakkan oleh trenkuasa hibrid e-Power yang terdiri daripada enjin 1.2-liter dan motor elektrik. Bergantung kepada varian, motor elektrik tersebut diletakkan pada gandar hadapan sahaja atau pada kedua-dua gandar, sekali gus memberikannya pacuan semua roda. Harga untuk model ini bermula dari 2,610,300 yen (RM97,740) hingga 2,957,900 yen (RM110,756).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024