Nissan X-Trail lebih bergaya dengan versi X-Tremer dan Aero Edition
Erywan
05/11/2019 02:41 MYT
05/11/2019 02:41 MYT
Bagi memberi lebih nilai dan bergaya, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan pakej agresif X-Tremer dan Aero Edition untuk barisan model Nissan X-Trail baharu.
X-Trail X-Tremer baharu hadir dengan penampilan agresif dalam pilihan warna luaran dua tona; Merah (Imperial Red) baharu, Putih (Brilliant White) atau Perak (Tungsten Silver) bersama bumbung hitam yang turut dilengkapi rel bumbung dan spoiler belakang.
X-Tremer dinaik taraf dengan komponen baharu yang digelapkan termasuk jeriji V-Motion baharu, bampar aero TOMEI pada bahagian hadapan dan belakang, spoiler sisi bawah, cermin sisi serta rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci hitam.
Ruang dalaman pula kini hadir tempat duduk kulit Nappa perang, papan pemuka, pelindungan lutut dan perehat tangan dengan kemasan kulit sekali gus membuatkan SUV ini kelihatan lebih sofistikated.
Bukan itu sahaja, X-Trail juga ditampil dengan Aero Edition. Ia dilengkapi dengan aero bampar TOMEI kemasan perak pada bahagian hadapan dan belakang, spoiler sisi bawah, rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci berwarna hitam.
Kemasan kulit Nappa mewah kepada ruang dalaman seperti yang ada pada X-Tremer. X-Trail Aero Edition baharu ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran iaitu hitam (Diamond Black), coklat (Imperial Umber) dan hijau (Titanium Olive).
Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, Nissan X-Trail X-Tremer direka khas untuk pelanggan yang mahukan rekaan berani dan avant-garde, Aero Edition pula bagi mereka mahu SUV penampilan bergaya serta elegan.
“Kami percaya bahawa penambahbaik yang baru dalam X-Trail ini bersama teknologi keselamatan terkini Nissan Intelligent Mobility dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan kualiti pemanduan dinamik serta gayaan tersendiri,” katanya.
Nissan X-Trail X-Tremer dan Aero Edition ditawarkan empat varian iaitu 2.0L Hybrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD.
Semua varian memperoleh status kenderaan cekap tenaga (EEV). Ia hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had (termasuk alat ganti Hybrid dan bateri HEV Lithium-Ion).
Sementara aksesori yang dipasang dari kilang didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.
Ini senarai harganya: