Numina Dan Kerb Pememang Cabaran Senibina Bandar Untuk Masa Depan Untuk Perlaksanaan Di Kuala Lumpur
Dua pasukan diumumkan sebagai pemenang bersama bagi Cabaran Senibina Bandar Untuk Masa Depan (CATCH) baru-baru ini.
Dengan sokongan penuh daripada rakan strategik, peserta akhir meraih banyak maklumat setempat yang bermakna di Kuala Lumpur, membangunkan platform data analitik dan papan pemuka, serta mengadakan ujian keboleh-laksanaan hinggalah kepada mempersembahkan pemanfaatan data dan teknologi inovatif untuk memperbaiki capaian terhadap mobiliti di Kuala Lumpur.
Semua MVP ini dipersembahkan ketika penilaian akhir di hadapan lapan juri yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran.
Sepanjang cabaran ini, Numina meletak sensor di lokasi utama trafik sekitar Kuala Lumpur, membolehkan mereka untuk memerhati dan meninjau serta menganalisa pergerakan manusia.
KERB pula melancarkan teknologinya mencari ruang parkir yang kosong ketika waktu pejabat dan untuk itu meningkatkan jumlah pilihan ruang parkir yang ada, dengan sifar prasarana dengan cara menyediakan tempahan dan bayaran one-touch, serta capaian parkir yang hands- free.
Numina dan KERB masing-masing akan menerima geran berjumlah US$250,000, sebagai sokongan kewangan untuk percubaan dan perlaksanaan penyelesaian mereka di Kuala Lumpur, dengan usaha sama berterusan daripada rakan-rakan strategik dan data.