Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Opel lancar jentera rali elektrik pertama di dunia

Erywan
23/08/2019 06:55 MYT
Vauxhall melaporkan bahawa syarikat rangkaian jenama Opel berjaya menjadi pengeluar pertama kenderaan di dunia untuk menawarkan model kereta sukan rali elektrik kepada pelanggan.

Dibangunkan daripada sebuah Corsa-e, jentera elektrik saingan ini bakal membuat debut global di Pameran Motor Frankfurt IAA bermula 12 hingga 22 September ini.



Corsa-e Rally akan bertanding dalam perlumbaan Opel Corsa-e Rally iaitu jenama pertama piala untuk kereta elektrik di dunia, yang lahir daripada kejayaan Piala ADAC Opel Rallye.

Perlumbaan ini menawarkan tiket penyertaan untuk pelumba rali muda di seluruh dunia. Ia dijangka bermula pada musim panas 2020, sebanyak 15 kereta elektrik Opel dijadualkan berlumba dalam siri perlumbaan itu.



Jentera Corsa-e Rally boleh ditempah dan dibeli daripada Opel Motorsport dengan setiap satu tidak kurang £46,000.

Kereta ini direka untuk menjana 100kW (130hp) dengan tork 260Nm dairpada titik pegun serta memastikan keseronokan pemanduan dengan kawalan dinamik dapat dinikmati.



Kuasa menggerakan roda datangnya daripada motor elektrik dengan bantuan pek bateri litium ion 50kWh. Sistem suspensinya adala jenis rali dan topang McPherson.

Kereta dengan stereng kuasa elektrik ini dipasang brek cakera 332mm dengan angkup empat omboh (hadapan) beserta cakera sebesar 264mm di belakang.

Untuk mereka yang mahu kereta elektrik penuh Vauxhall Corsa-e, anda perlu bayar yuran tempahan £500. Jika anda antara 500 pelanggan pertama membuat tempahan, hadiah kit pengecasan rumah akan diberikan.

#Drebar #Opel
;