Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pasangan Kekasih, Ubah Suai Penampilan Lamborghini Huracan Dan Huracan Performante Dengan Watak Permainan Nintendo

Erywan
11/08/2021 04:01 MYT
Dalam dunia ubah suai ini sebenarnya terlalu luas kalau jika mahu dibincangkan. Ada yang lebih fokus untuk meningkatkan prestasi dan terdapat juga segelintir daripada mereka mengubahsuai dari segi penampilan.

Buat Lamborghini Huracan dalam paparan kali ini, ia tampil unik kerana pemiliknya mengubahsuai penampilan jentera supercar itu kepada watak Princess Peach dalam permainan Mario daripada Nintendo.

Jentera itu menggunakan kaedah wrap untuk menghiasi bahagian luarannya yang mana bahagian splitter depan menggunakan warna kuning dan digabungkan merah jambu/putih pada hud serta bampar depan.

Imej mahkota yang dipakai oleh Princess Peach diletakkan di tengah hud depan. Untuk nampak kelainan, rim disembur dengan cat putih/kuning bersama set kaliper brek merah jambu.

Pada bahagian sisi pula, pintu turut berwarna merah jambu dan di tengahnya ada imej mahkota, selain skirt tepi warna kuning.

Badan Huracan berkenaan diwrap sebuah syarikat yang dikenali sebagai Vinyl Bros dan pada masa sama Lamborghini Huracan Performante dibaluti semula dengan tema yang diilhamkan dari Mario.

Lamborghini itu dimiliki Youtuber yang dikenali sebagai SuperMarioLogan (SML) untuk Huracan Performante, manakala Huracan bertemakan Princess Peach pula adalah kekasihnya sebagai pemilik akaun Chilly di YouTube.

Sumber: www.carscoops.com

#Lamborghini