Pasukan Suzuki Klasik Kustom Katana Sempena Projek ‘Lockdown’
Erywan
08/06/2021 05:32 MYT
08/06/2021 05:32 MYT
Lebih setahun aktiviti perlumbaan yang sangat terhad, Pasukan Klasik Suzuki United Kingdom melancarkan sebuah Katana yang menggabungkan teknologi GSX-R1000 keluaran 2008.
Idea itu muncul selepas seluruh negara itu terkesan dengan pandemik Corona dan susulan pelaksanaan perintah berkurung Pasukan Klasik Suzuki muncul dengan idea "Lockdown Project Build".
Sebelum kemunculan Katana baharu, pasukan berkenaan membangunkan sebuah motor lumba untuk Enduran Klasik Eropah pada 2016. Guy Martin menjadi pelumba yang menunggang jentera itu pada tahun berikutnya. Sebelum itu, Suzuki UK juga aktif menganjurkan program alat ganti vintaj dan pembekalan alat ganti untuk jentera seperti RGV250, GT750, GSX-R750, GT250EX, A50P, GS1000SN, GSX-R1100L, TL1000S dan banyak lagi.
Bagi meraikan aktiviti berkenaan walaupun dalam keadaan situasi pandemik, mereka menjalankan proses restorasi baharu terhadap Katana dengan menggabungkan jentera superbike dunia GSX-R1000 (K8) penyejukan air dan frem aluminium sebagai motosikal asas yang bukan saja boleh digunakan di jalanan bahkan ketika perlumbaan enduran.
Bahagian janakuasa mengetengahkan jiwa lumba sebenar dengan naik taraf lebih segar dari model GSX-R1000 yang bertanding dalam Kejohanan Superbike Dunia (2008). Difahamkan output yang dihasilkan mencapai 200hp dengan penambahbaikan pada bahagian radiator dan penyejukan minyak dikemas kini dengan paip air dari aluminium.
Kawalan elektronik pula menggunakan kit Pro EM Yoshimura. Frem turut diambil dari jentera lumba superbike itu, cuma dimensinya sama seperti GSX-R1000 (K8). Swing arm yang dikustom digabungkan dengan sub frem dan shock berkembar Ohlins. Pemilihan rim Dymag CH3 memberikan penampilan klasik yang digabungkan dengan sistem brek Brembo.
Kemudian, bahagian belakang menggunakan lampu jenis LED yang diambil dari item lumba Pasukan Klasik Suzuki dan kowl atas adalah produk baharu buat Katana asli yang boleh didapati dari Program Komponen Vintaj Suzuki di UK.