Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

PDRM Terima 425 Honda Civic 1.8S Baharu Jadi Kereta Peronda

Erywan 05/06/2020 | 08:45 MYT

Honda Malaysia menyerahkan 425 unit Honda Civic 1.8S kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai kenderaan peronda dan penguatkuasaan baharu pada hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya terpaksa menangguhkan penghantaran Civic baharu itu pada Mac lalu kepada PDRM.
“Kami gembira kerana sekarang kami dapat meneruskan rancangan untuk menyerahkan kenderaan peronda dan penguatkuasaan itu serta diharapkan dapat membantu dalam tugas dan tanggungjawab pasukan polis.
“Kami gembira kerana PDRM memilih model terlaris di segmen C, Civic Baharu untuk membantu mereka dalam tugas harian, penguatkuasaan dan tugas pentadbiran mereka untuk negara,” katanya.
Majlis penyerahan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya yang dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.
Kenderaan peronda itu adalah menggunakan enjin 1.8L i-VTEC yang dipadankan kotak gear CVT dengan mengeluarkan output 141PS dengan tork setinggi 174Nm.

;