Antarabangsa

Pelajar Bina Kereta Sport Saetta Untuk Kegunaan Litar

gempak
Erywan
11/03/2020
02:11 MYT
Sponsor Banner
Pelajar Bina Kereta Sport Saetta Untuk Kegunaan Litar
Sekumpulan pelajar daripada Sekolah Espera Sbarro di Montbéliard, Perancis sekali lagi membuat kejutan dengan memperkenalkan satu lagi konsep kereta Saetta di Facebook baru-baru ini.
Kereta konsep berwarna merah itu sepatutnya membuat debut di Pameran Motor Geneva sebelum acara berprestij itu ditunda. Namun, ia disahkan akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Saetta ialah kereta satu tempat duduk dengan kokpit terbuka itu direka dengan bentuk aliran udara aerodinamik, fokusnya ialah kegunaan di trek lumba.
Rekaan menekankan faktor aerodinamik ini jelas dilihat pada bahagian hadapan kereta yang mahu menyalurkan udara ke bawah hud untuk menjana lebih banyak tekanan ke bawah atau downforce. Bolong di atas roda hadapan pula direka untuk mengalirkan udara di sekitar kawasan kokpit dan juga dua ruang kemasukan udara pada kedua-dua bahagian sisi pemandu.
Kereta ini mempunyai cermin hadapan kecil dan dipasang roll bar yang sebenarnya diintegrasi ke dalam reka bentuk Saetta. Rim digunakan ialah jenis OZ Racing dengan balutan tayar jenama Michelin. Sekolah Espera Sbarro masih memilih untuk menyimpan rahsia jenis rangkaian kuasa seakan-akan Maserati dan spesifikasi Saetta buat masa ini. Saetta dipercayai menggunakan casisi tubular yang ditutup dnegan panel badan gentian kaca jenis ringan.
Sebelum ini, sekolah ini juga sudah memperkenalkan banyak model konsep kereta dan penampilan dibuat di Geneva, termasuk model Evoluzione dan Mojave. Model Evoluzione diinspirasikan daripada Lamborghini versi roadster dan menggunakan enjin Audi 1.8 liter turbo untuk janaan kuasa 178hp. Mojave pula berkonsepkan versi hot rod moden dengan enjin Jaguar 4.0 liter V8 untuk membantu menghasilkan kuasa 290hp.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live