Antarabangsa
Pemilik Ducati Boleh Memiliki Lenovo Ducati Edisi Terhad Dengan Harga Lebih Murah
Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi untuk Ducati di Malaysia mengumumkan kerjasama baru dengan Ducati MotoGP dan rakan teknologi utamanya, Lenovo Malaysia.
Hasil daripada perkongsian ini, Lenovo Malaysia akan menyediakan tiga unit notebook Lenovo Ducati 5 edisi terhad kepada Ducati Malaysia di Petaling Jaya untuk penggunaan pelanggan.

Lebih menarik, pelanggan Ducati dan ahli Desmo diberi hak istimewa untuk membeli notebook Lenovo Ducati Limited Edition dengan harga potongan RM3,519. Pada harga biasa, ia dijual RM3,999 secara eksklusif di laman web Lenovo http://www.lenovo.com/my/en.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Nik Hamdam Nik Hassan berkata, Next Bike mengutamakan keperluan pelanggan dan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemilik Ducati di Malaysia.

Selain itu, ahli Desmo juga akan diberi akses awal ke Jualan Merdeka Lenovo bermula 10 sehingga 31 Ogos 2020 untuk menikmati potongan tambahan sehingga 48 peratus. Maklumat lengkap penjualan boleh didapati di saluran komunikasi Lenovo. (https://www.lenovo.com/my/en/deals/national-day-sale/).
Must-Watch Video