Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Antarabangsa

Pengecualian Cukai 100% Kereta Penumpang Pemasangan Tempatan Dan 50% Bagi Model Import

Erywan 05/06/2020 | 09:04 MYT

Pengumunan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek memberi berita baik untuk menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

Ini berikutan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD).
“Selain itu, pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus turut akan diberikan kepada kereta penumpang import.
“Pengecualian ini akan bermula dari tempoh 15 Jun ini hingga 31 Disember 2020,” katanya.
Bagaimanapun, kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya harga baru itu yang bakal diumumkan oleh pengeluar kenderaan di Malaysia tidak lama lagi.

;