Pengeluar motosikal Itali, Ducati dan Piaggio Group (termasuk Aprilia dan Moto Guzzi) menutup sementara lawatan ke muzium dan kilang mereka disebabkan wabak koronavirus atau COVID-19.

Bagaimanapun, kilang kedua-dua syarikat pengeluar motosikal itu masih beroperasi seperti biasa. Sekatan semua lawatan itu berkuat kuasa dari 24 Februari hinggi 31 Mac ini.

Keputusan itu dibuat selari dengan petunjuk diberikan Presiden Wilayah Emilia Romagna dan Kementerian Kesihatan Itali sebagai protokol keselamatan. Semua pekerja di situ turut diberikan buku peraturan kesihatan dan langkah pencegahan.

Ducati memaparkan makluman itu menerusi laman sesawangnya. Operasi di kilang Ducati, Aprilia dan Moto Guzi dilaporkan berjalan seperti biasa, menurut media Itali (moto.it).

Ducati juga tidak membenarkan mereka berdasarkan makluman daripada pihak berkuasa Itali dan pelawat China, Korea Selatan dan wilayah Veneto untuk memasuki premis kilang.

Syarikat juga mengehadkan lawatan dan trip perniagaan, mesyuarat dan himpunan di kawasan kilang untuk melindungi pekerja daripada wabak COVID-19.

Sementara itu Piaggio Group termasuk Aprilia dan Moto Guzi mengambil langkah sama dengan mengantung sementara lawatan dan aktiviti di Muzium Piaggio.

“Kami minta maaf kepada semua pelawat. Disebabkan penularan wabak COVID-19 dan menurut arahan pihak berkuasa, Yayasan Piaggio Foundation menutuskan untuk menggantung sementara lawatan dan aktiviti di Muzium Piaggio Museum.

"Muzium Piaggio menerima beratus-ratus kunjungan pelawat dari seluruh dunia, akan tutup bermula 25 Februari sebagai langkah berjaga-jaga,” menurut Piaggio.

“Sebaik sahaja darurat kesihatan ini ditarik balik, muzium akan dibuka semula kepada orang awam," tambahnya.

Piaggio Group juga mengurangkan mesyuarat dengan mengadakan mesyuarat dengan pembekal, konsultan dan pelanggan menerusi panggilan telefon atau panggilan video persidangan.

Lawatan dalam negara dan luar juga digantung buat masa ini. Pegawai-pegawai syarikat juga dibekalkan dengan alat pengesan suhu untuk melindungi kesihatan kakitangan.