Antarabangsa
Penjimatan Sehingga RM7,188 Bagi Pembelian Ford Ranger
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia menawarkan promosi menarik yang menawarkan penjimatan untuk Ford Ranger WildTrak, XLT Plus dan XL sementara stok masih ada.
Pelanggan mahu memiliki Ford Ranger WildTrak dan Ford Ranger XL, mereka akan menerima rebat tunai sehingga RM7,000, manakala RM7,188 untuk Ford Ranger XLT PLUS.
Ford Ranger WildTrak dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang memberikan tenaga luar biasa sehinnga 213PS dan daya kilas setinggi 500Nm.
Menampilkan pelbagai teknologi pintar yang tersendiri dan menjadi peneraju di dalam kelasnya, WildTrak menawarkan kelasakan dan juga perincian yang tidak ada pada trak pikap lain dalam segmennya.
Ford Ranger XLT pula menampilkan enjin 2.0L Single Turbo yang mampu memberikan tenaga sehingga 180PS dan tork setinggi 420Nm. Dilengkapi dengan ciri-ciri keselesaan seperti sistem masuk tanpa kunci dengan butang push-start dan Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat membuatkan ia sebagai pilihan ideal untuk kerja dan aktiviti pengembaraan.
Sementara itu, Ford Ranger XL adalah kenderaan kerja yang amat sesuai untuk kerja-kerja lasak. Ia direka khusus untuk menjadikan semua tugas yang mencabar menjadi mudah, Kemampuannya membawa bebanan sehingga 1,000kg dan keupayaan menunda sehingga 3,500kg memberikan anda keyakinan untuk menyelesaikan apa jua kerja.
Must-Watch Video