Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Pereka Kustom Terkenal Dunia, Max Hazan Bina Jentera Lumba Ala Jet Pejuang

Erywan 29/04/2020 | 03:46 MYT

Lelaki yang bertanggungjawab dalam projek ini ialah Max Hazan, beliau seorang daripada pereka motor kustom terkenal dunia dan anda kini sedang melihat foto jentera lumba Motus MST Salt Shaker bersesaran 1,650cc pushrod V4.

Pereka kustom yang berpangkalan di Los Angeles itu mendapat bantuan dari Muzium Moto Bobby Haas of Dallas’ Haas. Pembangunan motor itu khas untuk perlumbaan di padang garam rata Bonneville, Utah.
Motus MST Salt Shaker dibina menggunakan kerangka kustom penuh disekelilingnya dan bentuk badannya menampilkan reka bentuk seperti jet pejuang.Di bawah fairing berkenaan terletaknya enjin 1,650cc pushrod V4 yang diambil dari model motosikal sport touring, Motus MST.
Tentunya untuk meraih rekod kelajuan terpantas di padang garam itu, Hazan menambah Garrett GT28R turbo untuk menaikkan kuasa 180hp kepada 250 sehingga 270hp.
Bagi mengukuhkan bahagian tayar dan membantu cengkaman tayar belakang, Salt Shaker menambah berat sehingga 68kg untuk tingkatkan peringkat traksi dan lebih stabil pada kelajuan tinggi.
Berat keseluruhan jentera ialah 288kg dan berapakah kelajuan maksimum mampu dicapai oleh jentera itu apabila ditunggang di Bonneville? Buat masa ini, kelajuan itu masih belum direkod sepenuhnya.
Untuk makluman, enjin motosikal Motus MST standard sudah pun mampu menyalurkan kuasa 180hp dan mampu memecut hingga 271.48kmj. Ini kan pula yang sudah diubah suai serta menggunakan turbo besar sepert Garrett GT28R.

;