Watch

Perkara disaran dan dilarang dibuat bagi kenderaan mempunyai bumbung suria

gempak
Public Anonymous User
29/10/2018
02:07 MYT
Sponsor Banner
Perkara disaran dan dilarang dibuat bagi kenderaan mempunyai bumbung suria
Jika dibandingkan sedekad lalu, penggunaan bumbung suria atau lebih dikenali sebagai ‘sunroof’ menjadi semakin meluas terutamanya di kalangan pengeluar kenderaan premium.
Bumbung suria bukan sahaja membuatkan kereta tampil lebih bergaya, malah ia adalah satu ciri yang boleh memberi banyak manfaat jika digunakan dengan betul. Namun jika digunakan secara sembarangan, ia boleh mendatangkan bahaya.
Untuk itu, kami senaraikan apa yang patut dibuat dan tidak dengan bumbung suria:
Membuatkan kabin lebih sejuk
Tujuan utama memiliki ‘sunroof’ adalah untuk membiarkan lebih banyak cahaya dan udara masuk ke dalam kabin. Ia biasanya didatangkan bersama dengan bidai (blind) bagi tujuan menghalang ruang kabin menjadi terlalu panas akibat pancaran cahaya matahari.
Melepaskan bahang
Sudah menjadi kebiasaan pemandu untuk membuka pintu dan tingkap terlebih dahulu bagi melepaskan bahang yang terkumpul di dalam kabin selepas dibiarkan di bawah panas terik. Dengan adanya bumbung suria, proses ini akan menjadi lebih cepat.
Menikmati pemandangan
Satu lagi kelebihan ‘sunroof’ adalah anda boleh menikmati keindahan ciptaan Tuhan dari sudut yang berbeza. Ambil peluang untuk pergi berkhemah dan nikmati sinaran bulan dan bintang pada waktu malam tanpa perlu meninggalkan kenderaan anda.
Jangan berdiri melalui sunroof
Sedar atau tidak, perkara yang sering dilakukan terutamanya oleh kanak-kanak ini boleh mendatangkan bahaya. Bayangkan apa yang akan terjadi jika pemandu terpaksa brek secara mengejut, walaupun pada kelajuan yang rendah. Jika kenderaan terbabas, kemungkinan untuk anda tercampak keluar dari kenderaan juga tinggi.
Dilarang ubah suai bumbung untuk pasang sunroof
Mengubahsuai bumbung untuk memasang sunroof bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia modifikasi. Bumbung adalah bahagian yang penting dalam struktur sesuatu kenderaan dan sebarang pengubahsuaian yang dilakukan pasti akan menjejaskan integritinya. Selain itu, masalah mengenai pendawaian juga akan timbul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live