,
Tempatan

Perodua Aruz 2021- Tambahan Kemudahan, Warna Baharu, Harga Kekal Sama

Erywan
09/05/2021
06:10 MYT
SUV tujuh-tempat duduk terlaris di Malaysia, Perodua Aruz, diperbaharui untuk 2021 tanpa perubahan harga, iaitu RM68,526 untuk varian X dan RM73,226 untuk varian AV, atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia.
Kedua-dua varian kini dilengkapi dengan pemijak sisi bagi memudahkan penumpang masuk dan keluar dari kenderaan, serta penguncian pintu automatik apabila kelajuan melebihi 20 km/j (pintu akan dibuka secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran).
Warna baharu Passion Red (eksklusif untuk varian AV) menyertai warna-warna Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White yang sedia ada.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, penambahbaikan Aruz ini sejajar dengan rangka tindakan Perodua Smart Build.
“Ia satu lagi contoh kerjasama simbiotik kami dengan pembekal untuk menyesuaikan produk kami dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia, dan melaluinya, meningkatkan lagi kemampuan para pembekal kami ke arah keberdikarian sepenuhnya.
“Antara semua model kami, Perodua Aruz turut menikmati penurunan harga yang paling curam akibat pengecualian cukai jualan kerajaan, iaitu sebanyak 6%, atau lebih RM4,000.
"Oleh itu, jika anda inginkan Aruz, tempahlah sekarang – pengecualian cukai jualan dijangka berakhir kurang daripada 60 hari lagi,” katanya.
Perodua Aruz menawarkan ruang yang luas, tahap keselamatan yang tinggi, serba boleh, praktikaliti dan kos pemilikan yang rendah dalam bentuk tujuh tempat duduk yang kompak.
Enjin empat-silinder 1.5 liter Dual VVT-i dengan blok aluminium bergabung dengan transmisi automatik kawalan elektronik dan Eco Idle untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l, menjadikan Aruz sebuah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Barisan tempat duduk kedua yang dibahagi 60:40 serta barisan ketiga yang dibahagi 50:50 boleh dilaras, dilipat dan digolek untuk menghasilkan pelbagai konfigurasi.
Dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang terdapat pada semua varian, serta sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 pada varian AV, Perodua Aruz memegang penarafan keselamatan maksimum lima-bintang ASEAN NCAP.
Lampu hadapan LED, rim aloi dwi-tona 17-inci, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sistem infohiburan skrin sesentuh dengan paparan kamera undur terdapat pada semua varian, manakala varian AV menambah lampu automatik, lampu kabus hadapan, kerusi kulit, HDMI, Smart Link, navigasi dan perakam video pemanduan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Viral

Perodua Setuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh, Pemilik Syukur - “Kerana Gula, Semut Bersatu”

gempak
06/01/2024
03:00 MYT
Perodua setuju beli Bezza rosak.
Viral

Isu Kereta Rosak Selepas 8 Jam, Pengguna Dakwa Kenyataan Media Perodua Tak Selesaikan Masalah

gempak
05/01/2024
01:55 MYT
Harap dapat diselesaikan segera
Viral

Perodua Beri Kenyataan Isu Pengguna Sempat Pakai Bezza 8 Jam Sebelum Kereta Rosak, Tak Siap Dibaiki Berbulan-Bulan

gempak
03/01/2024
15:42 MYT
Perodua akhirnya beri kenyataan
drebar

Jualan Perodua Terus Meningkat Pada September, Naik 102 Peratus

gempak
04/10/2021
07:34 MYT
Suku keempat 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya.
BorakSeeni