Modifikasi

Perodua Axia ibarat disko bergerak, kos modifikasi lebih RM30,000.

gempak
Erywan
15/07/2019
02:36 MYT
Sponsor Banner
Perodua Axia ibarat disko bergerak, kos modifikasi lebih RM30,000.
Dah macam disko bergerak bro! Mana taknya, lihat sahaja ruangan dalamannya yang sarat degan sistem audio dan lampu warna-warni pasti akan terbayang suasana seperti di kelab malam atau disko.
Ditambah pula lantunan suara yang dimainkan, pasti sesiapa sahaja akan 'berkhayal' untuk sejenak ketika mendengar bunyi daripada kenderaan itu.
Jentera Produa Axia berkonsepkan VIP milik Irfan Haziq dari Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah, ternyata menarik bukan sahaja luaran malahan sudut dalaman yang direka khas untuk pertandingan audio show.
Sudut luaran iaitu kit badan menggunakan binaan khas dari KJ Modify dimana lampu hadapan juga turut direka khas.
Tidak cukup dengan itu, suspensi kenderaan pula diperkuatkan dengan sistem udara yang mana ia boleh dilaraskan tahap ketinggian dengan hanya menekan butang alat kawalan jauh.
Untuk pengetahuan semua sistem suspensi udara ini di buat oleh ASD Design di Phetchaburi, Thailand dengan kos melebihi RM10,000.
Penampilan jentera lebih garang dengan rim W Work Schwert 2 dan dipadankan dengan nat rim 326 Power Japan 2018, yang kelihatan tajam.
Ruang dalaman antara yang paling menarik apabila bukan sahaja dilengkapi lampu khas, malah rekaan dalamannya direka dengan bentuk elegan dan menarik.
Bagi melengkapkan jentera pertandingan audio show, pelbagai sistem audio turut ditambah khususnya pada bahagian but belakang.
Antara sistem audio yang digunakan, empat unit mid speaker 6.5 200watts RMS (KLA sound), horn tweeter hadapan dua inci Hurricane,horn tweeter belakang tiga inci (KLA sound), amplifier 4-Saluran 4 Ohm 800 watts RMS (KLA sound), Preamp tujuh band equalizer (KLA sound), Monoblock autocraft 2000 watts RMS 2 Ohm 1 channel, Woofer 12 inci autocraft 2000 watts dan pemain cakera Eclipse 5volt.
Pemilik menjelaskan premis yang bertanggunjawab dalam pemasangan sistem audio ini adalah Faiz Audio dan kos keseluruhan modifikasi melebihi RM30,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live