Tempatan

Perodua bakal menawarkan ciri keselamatan ASA bagi semua varian keluarannya

gempak
Erywan
17/07/2019
06:42 MYT
Sponsor Banner
Perodua bakal menawarkan ciri keselamatan ASA bagi semua varian keluarannya
Perodua bakal menawarkan ciri keselamatan ASA (Bantuan Keselamatan Termaju) bukan sahaja kepada versi Advance, tetapi kepada varian lain bagi semua modelnya pada masa akan datang.
Buat masa ini, hanya varian tertinggi yang dilengkapi dengan ciri keselamatan ASA, termasuk brek kecemasan automatik atau AEB.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, berdasarkan kajian dijalankan oleh Daihatsu di Jepun, ciri AEB berjaya mengurangkan kemalangan kecil sehingga 53 peratus.
Menurutnya, Perodua ada rancangan untuk memperkenalkan teknologi keselamatan ASA bagi varian lain, selain Advance.
“Apa yang penting, adanya sistem keselamatan ASA dapat mengurangkan kemalangan kepada penunggang motosikal.
“Pada masa sama, saya berharap pengguna motosikal juga boleh beralih kepada kenderaan Perodua,” katanya. Difahamkan, sistem keselamatan pada semua varian Perodua dijangka dilaksanakan pada masa dua tahun lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024