Perodua Beroperasi Sepenuhnya Di Seluruh Negara Dengan Cara Normal Baharu
Erywan
20/05/2020 03:04 MYT
20/05/2020 03:04 MYT
Perodua secara rasmi kembali beroperasi sepenuhnya di semua 182 pusat jualan, 202 pusat servis dan 68 pusat Badan & Cat (B&P) di seluruh negara, selepas penutupan selama dua bulan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya turut melaksanakan langkah penjagaan yang diperlukan di semua pusat jualan, servis dan B&P di seluruh negara bagi memastikan pelanggan yang dihargai serta pekerja dilindungi secukupnya di dalam situasi Covid-19.
“Pengeluaran di Sungai Choh sudah pun bermula sebahagiannya dari 11 Mei lalu dan kini berjalan sepenuhnya. Kami berharap agar kami dapat memenuhi setiap permintaan secepat yang mungkin.
Cawangan-cawangan Perodua juga memulakan operasi secara berperingkat bermula 12 Mei dengan memastikan semua langkah keselamatan dan kesihatan dilaksanakan secara betul serta menyeluruh.
Sementara itu, Pelanggan yang mahu menyelenggara kenderaan, mereka diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis. walk-in tidak akan diterima buat masa ini untuk mengelakkan kesesakan.
Semua pelawat perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa.
Pembersih tangan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis berkenaan.