Tempatan

Perodua Kesan Dua Individu Menyamar Sebagai Penasihat Jualan

gempak
Erywan
02/07/2021
07:23 MYT
Sponsor Banner
Perodua Kesan Dua Individu Menyamar Sebagai Penasihat Jualan
Perodua mahu mengingatkan pelanggan baharunya dan yang sedia ada mengenai penipuan yang membabitkan penasihat jualan palsu yang meminta pelanggan untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya baru-baru ini mengenalpasti dan menemui sekurang-kurangnya dua individu yang menyamar sebagai penasihat jualan Perodua
Menurutnya, individu itu meminta pelanggan untuk membuat bayaran tempahan atau wang pendahuluan ke dalam akaun bank peribadi.
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pelanggan kami yang dihargai untuk hanya membuat sebarang pembayaran ke dalam akaun syarikat rasmi atau di kaunter cawangan-cawangan kami sahaja,” katanya.
Beliau menambah bahawa Perodua sedang bekerjasama dengan pihak polis mengenai isu tersebut.
Untuk melindungi para pelanggan baharu dan yang sedia ada, Perodua memberikan panduan semasa pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:
Hindari:
  • Jangan segera menerima tawaran, sama ada atas talian atau cetak, tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform atas talian rasmi kami di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram.
  • Jangan berikan maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah.
  • Jangan membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live