Perodua menyumbang bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat kereta kompak itu dalam menyokong institusi awam utama di seluruh negara.
Bekalan perubatan itu merangkumi 5,000 pelindung muka, kerusi roda yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan, kerusi tandas duduk, papan pemindahan, rel katil, kerusi pemulihan, rangka bantu berjalan, tongkat dan meja miring terapi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, bekalan yang disumbangkan adalah berdasarkan maklum balas diberikan oleh pasukan pentadbiran hospital untuk membantu menjaga keselamatan kakitangan dan memberi keselesaan kepada pesakit mereka.
“Kami akan terus berkomunikasi dengan institusi awam utama bagi menentukan di mana Perodua boleh menyumbang secara strategik untuk membantu negara. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada wira dan wirawati negara yang berkhidmat untuk kita semua tanpa mengenal penat lelah,” katanya.
Sebanyak 5,000 pelindung muka yang disumbangkan oleh Perodua kepada Hospital Sungai Buloh dihasilkan oleh syarikat bersekutunya, meningkatkan jumlah pelindung muka yang sudah disumbangkan oleh pengeluar kenderaan itu kepada pelbagai organisasi di Malaysia, kepada 35,000 unit.
Ini termasuk penerima pelindung muka membabitkan sekolah, klinik, pejabat kerajaan dan majlis tempatan serta para penjaja di kawasan sekitar.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu, Perodua sudah menyumbang 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh.
Erywan
Thu May 20 2021
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.