Pesaing Yamaha MT-07 Dari Triumph Semakin Dekat Masuki Barisan Pengeluaran
Erywan
08/10/2020 09:49 MYT
08/10/2020 09:49 MYT
Model akan datang Triumph Trident (2021) dikesan menjalani ujian berhampiran kilang pengeluaran jenama itu dengan badan ditutupi dengan pelekat penyamaran.
Difahamkan, ujian itu dilakukan bagi persediaan pelancaran motosikal naked pertengahan itu yang dijangka diadakan pada musim bunga 2021.
Kehadiran Triumph Trident itu bakal bersaing dengan Honda CB 650 R, Yamaha MT-07 dan Kawasaki Z 650. Jentera tiga silinder itu dikesan dalam bentuk penuh seolah sudah bersedia untuk pengeluaran. Namun soal mekanikal masih lagi disimpan rapi, namun dari gambar itu mendedahkan beberapa ciri motosikal terbabit.
Kerangka Triumph Trident direka semula yang memberi petanda naked terbabit bakal menggunakan enjin 765cc tiga silinder yang dipinjamkan dari model Street Triple (2020). Kemungkinan ia bakal menghasilkan kuasa sekitar 95hp. Ia juga mungkin dilengkapi dengan mod tunggangan, kawalan traksi dan ABS serta quickshifter.
Penggayaan badan lebih klasik menerusi lampu bulat dan nombor plat diletakkan pada swingarm. Bahagian rim pula bersaiz 17 inci lima jejari dengan saiz tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
Bar hendal sedikit pendek dan papan pemuka kelihatan lebih kecil. Triumph Trident (2021) menyasarkan kepada penunggang pemula. Berkemungkinan juga motosikal itu dibekalkan dengan komponen sederhana untuk tanda harga lebih rendah.