Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Petron Diesel Max Euro 5 Baharu Beri Penjagaan Dan Perlindungan Lebih Baik

Erywan
18/08/2021 07:13 MYT
Pemilik kenderaan diesel kini dapat menikmati kelebihan Petron Diesel Max Euro 5 yang baharu dirumuskan khas menggunakan formula TriAction Advantage.

Bahan bakar ini dihasilkan untuk memenuhi syarat spesifikasi diesel Euro 5 yang lebih ketat dan diformulasi dengan penggunaan aditif yang lebih maju.

Petron Diesel Max Euro 5 yang mesra alam menghasilkan pelepasan asap yang kurang dengan spesifikasi Sulfur yang rendah pada 10ppm berbanding dengan 500ppm dalam Euro 2M Diesel sebelum ini. Peralihan ini amat mengurangkan pelepasan asap ekzos dan memberikan kualiti udara yang lebih baik.


Dengan gambungan sistem aditif proprietary Petron, TriAction Advantage, produk ini menjanjikan aksi pembersihan terunggul dan pembakaran yang lebih menyeluruh, memaksimakan efisiensi enjin.

Aditif TriAction Advantage membenarkan proses pembakaran yang lebih cekap, sekali gus menambah baikkan prestasi permulaan, percepatkan pencucuhan enjin, pemacuan yang lancar, bahan api yang lebih ekonomi, meningkatkan kestabilan pengoksidaan serta perlindungan terhadap hakisan dan pembentukan fom diesel. Ini akan membantu jangka hayat enjin, menambah kilometer dan kekuasaan yang mantap.

Sementara itu, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, Petron Diesel Max Euro 5 membuktikan komitmen pihaknya dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan mesra alam.

“Dengan Petron Diesel Max Euro 5, pelanggan dapat menikmati pengalaman pemanduan yang lebih unggul disamping memberikan penjagaan dan perlindungan yang terbaik untuk melindungi kenderaan mereka,” katanya.

#Petron
;