PETRONAS Auto Expert, pusat servis automotif yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB) dilancarkan pada April tahun lalu, semakin berkembang pesat sejajar dengan pelan pembangunan yang di rancang pihak syarikat pengeluar petroleum negara itu.

Terbaru, PETRONAS AutoExpert ke-10 dibuka di Glenmarie, Shah Alam, menerusi kerjasama Dream Car Performance Garage Sdn Bhd.

Cawangan ke-10 itu adalah pusat servis bagi kenderaan continental sama model biasa atau berprestasi seperti Mercedes-Benz, Volkswagen, Audi, Porsche, Ferrari dan banyak lagi.

Apa yang menariknya, PETRONAS AutoExpert adalah pusat servis yang mempunyai peralatan lengkap dan terkini yang kualitinya sama taraf dengan pusat servis sah di seluruh negara.

Pada masa sama, ia menggunakan minyak Petronas yang tulen, selain menawarkan alat ganti pula OEM atau asli.

Keselesaan juga menjadi faktor utama bagi PETRONAS AutoExpert ini, jadi setiap cawangannya akan menyediakan ruang menunggu yang selesa dan makanan percuma seperti pusat servis rasmi jenama pengeluar.

Dari segi harga, pastinya ia ia lebih murah berbanding pusat servis rasmi jenama pengeluar dan yang lebih penting, kualiti dan keselesaan bagi setiap pelanggan.