Tempatan
PETRONAS AutoExpert Tawar Diskaun 40 Peratus Bagi Tukar Minyak Enjin Dan Servis Kereta Kepada Barisan Hadapan
PETRONAS AutoExpert kini menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi penukaran minyak enjin dan servis kereta untuk petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19.
Promosi yang bermula sekarang sehingga akhir tahun ini menawarkan diskaun sehingga 40 peratus (tertakluk pada terma dan syarat) untuk beberapa pakej penukaran minyak enjin PETRONAS Syntium membabitkan minyak sintetik penuh, semi sintetik dan mineral.
Petugas yang layak menerima promosi berkenaan membabitkan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) Hardeep Singh berkata, kempen sama yang diadakan pada tahun lalu menerima sambutan yang menggalakkan.
“Kami dimaklumkan bahawa ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta melancarkan perjalanan mereka ke tempat kerja tanpa sebarang masalah.
“Sehubungan itu, bagi memastikan lebih ramai petugas barisan hadapan menerima manfaat daripada kempen ini, kami sudah menambah beberapa pusat servis lain di kawasan strategik sekitar Wangsa Maju, Bandar Puchong Jaya dan Bandar Baru Bangi," katanya.
Untuk menyertai program ini, petugas barisan hadapan disarankan untuk membuat tempahan di cawangan PETRONAS AutoExpert yang berikut:
- PETRONAS AutoExpert Shah Alam
- PETRONAS AutoExpert Seri Kembangan
- PETRONAS AutoExpert Sri Manja
- PETRONAS AutoExpert Sri Batu Caves
- PETRONAS AutoExpert Semenyih
- PETRONAS AutoExpert Kajang
- PETRONAS AutoExpert Bandar Bukit Raja