Dua model Peugeot menerima anugerah berprestij iaitu Red Dot 2020 dalam kategori Rekaan Produk menerusi Peugoet 208 dan 2008.

Kedua-dua model itu memberi juri antarabangsa kagum melihatnya dengan reka bentuk luaran yang sporty serta menyerlah. Ini adalah kemenangan keenam buat pengeluar automotif daripada Perancis itu dalam kategori rekaan tercantik.



Pengarah Urusan Peugeot Jerman, Haico Van Der Luyt berkata, pihaknya bangga menerima anugerah Red Dot dalam kategori Rekaan Produk bagi kedua-dua model baharu itu.

“Ini membuktikan bahawa kita berada di landasan yang betul dalam reka bentuk,” katanya.



Peugeot 208 menarik juri pakar dengan model baru itu lebih telah panjang, garis-garis yang jelas dan rupa sporty. Ruang dalamannya pula menggunakan kluster instrumen 3D digital yang baharu.

Bagi Peugeout 2008 pula, ia mengagumkan juri dengan lampu siang LED menegak, yang menentukan bahasa reka bentuk baru jenama berkenaan.