Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia memulakan separuh tahun kedua dengan melancarkan dua model baharu menerusi 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus yang masing-masing memiliki lima serta tujuh tempat duduk.

Pengenalan dua model itu bakal meneruskan momentum jualan kenderaan syarikat berkenaan berikutan permintaan segmen SUV kini yang dilihat semakin meningkat permintaannya.


Peugeot 5008 SUV Plus

Bagi model baharu itu, kedua-dua SUV itu kini hadir dengan rekaan roof rail baharu dan cermin sisi yang dibaluti krom bagi meningkatkan lagi karakter elegan serta lebih berotot.

Penampilan luarannya juga lebih menarik apabila ia kini didatangkan bumbung matahari panoramik dan padanan rim aloi 18 inci kemasan dwi-tona berlian.


Peugeot 5008 SUV Plus

Bagi memudahkan anda membuka but belakang, ia boleh dibuka dengan menggerakkan kaki di bawah bampar belakang.

Ruang dalamannya pula menawarkan keselesaan, ketenagan dan kemewahan yang mana ia boleh dilihat menerusi kerusi balutan kulit Claudia dengan jahitan Graphite atau Goa.


Peugeot 5008 SUV Plus

Bagi memberi suasana lebih segar, papan pemukanya kini diterangi dengan lampu biru untuk menerangi ruang kabin.

Komited untuk memberi pengalaman yang lebih mewah, Peugeot i-Cockpit baharu menjanjikan sentuhan pintar. Kini, ia dilengkapi dengan skrin sesentuh berwarna multifungsi lapan inci bagi 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus.

Head-Up Digital Cluster Display bersaiz 12.3 inci ditambah dengan gaya grafik ‘Onyx’, mod paparan Bantuan Pemanduan baharu serta mod Personal. Bagi 5008 SUV pula, ia mempunyai mod navigasi tambahan untuk penunjuk arah peta yang berada di paras mata pemandu.


Peugeot 3008/5008 SUV Plus

Pada masa sama, Peugeot i-Cockpit Amplify ditambah dengan ciri menarik iaitu suasana kabin yang boleh dipilih sama ada BOOST atau RELAX.

Malah, ia juga dilengkapi Pakej Pemanduan Sport baharu bagi meningkatkan ciri tindak balas stereng lebih baik, responsif serta bunyi enjin yang diperkuat secara digital.


Peugeot 3008 SUV Plus

Keupayaan dari segi bantuan pemanduan, kedua-dua SUV itu dipertingkatkan lagi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Termaju membabitkan Driver Attention Alert, Speed Limit Recognition and Recommendation dan kamera belakang 180 darjah.

Dari segi prestasi, kedua-dua model itu menggunakan enjin seperti sebelum ini iaitu 1.6 liter THP yang menyalurkan output 167PS pada 6,000rpm dan tork mencecah 240Nm bermula 1,400rpm. Kuasa itu disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan automatik yang dilengkapi Technology Quickshift dan Paddle Shift.


Peugeot 3008 SUV Plus

Ia juga dilengkapi ciri keselamatan terbaik dengan ciri seperti berikut:
Harga bermula:
  1. Peugoet 3008 SUV Plus Active -RM150,888
  2. Peugeot 3008 SUV Plus Allure - RM163,888
  3. Peugoet 5008 SUV Plus Active - RM166,888
  4. Peugeot 5008 SUV Plus Allure - RM179,888