Seperti yang anda sedia maklum, pasaran hatchback segmen C dipenuhi dengan model-model yang kacak seperti Volkswagen Golf, Mazda 3, Hyundai i30 dan pelbagai lagi. Kedudukan mereka nampaknya bakal tergugat dengan kehadiran pesaing terbaharu dari Perancis iaitu Peugeot 308.
Model generasi ketiga itu kini lebih seiras dengan barisan produk semasa Peugeot dengan lampu nyalaan siang LED ‘taring singa’, rekaan jeriji terkini, lencana model di bawah garisan bonet, serta grafik cakaran pada lampu belakang. Seperti yang boleh dilihat, ia merupakan model pertama yang menampilkan logo baharu jenama itu.
Dibina berasaskan platform EMP2 yang turut digunakan oleh Citroen C5 Aircross dan DS 7 Crossback, ukuran 308 bertambah jika dibandingkan dengan model generasi terdahulu iaitu 11mm untuk panjang keseluruhan dan 55mm untuk tapak roda. Ia juga lebih rendah sebanyak 20mm, sekali gus memberikannya pekali seretan yang lebih baik iaitu 0.28.
Rekaan ruang kabin tidak kurang hebatnya dengan panel instrumen digital dan skrin sentuh (kedua-duanya berukuran 10 inci) yang membentuk kokpit yang futuristik. Lebih menarik lagi, terdapat barisan suis ‘i-toggle’ di bawah skrin sentuh tersebut yang boleh dikonfigurasikan secara individu untuk kawalan fungsi-fungsi tertentu.
Bergantung pada varian, 308 boleh dilengkapi sistem audio Focal dengan 10 pembesar suara, ciri arahan suara, sistem kualiti udara serta upholsteri gabungan Alcantara dan kulit.
Turut ditawarkan adalah pakej Drive Assist 2.0 yang merangkumi ciri-ciri yang membolehkan pemanduan separa autonomi seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keeping Assist, Semi-Auto Lane Change, Speed Recommendation dan Curve Speed Adaptation.
308 akan hadir dengan beberapa pilihan enjin, termasuk dua versi hibrid plug-in (PHEV) iaitu Hybrid 180 dan Hybrid 225. Selain itu, ia juga boleh didapati dengan enjin petrol 1.2-liter tiga silinder dalam versi PureTech 110 dan 130, serta diesel 1.5-liter empat silinder BlueHDi 130.
Erywan
Fri Mar 19 2021


Adakah Neelofa Tetap Akan Sorok Wajah Anak Keduanya Kelak? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan: “Bukan Nak Buat Content…”
Neelofa tak sorok anak

PU Syed Persoal 'Acara Gelek' Ifa Raziah, Kak KM: “Bagaimana Status Rezeki Yang Terbit Dari Usaha Yang Haram...?”
PU Syed tegur Ifa, Kak KM

Tunang Shuib, Watie Selesai Kursus Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."
Watie dakwa dia peserta tertua pergi kursus kahwin

KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Syarikat Milik Selebriti Pertama Mengendalikan Taman Tema
Menarik untuk dikungjungi satu family!

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat