Pusat servis Nissan yang dikendalikan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) mendapat persetujuan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa tempatan untuk memulakan operasinya.

Dalam fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sistem perkhidmatan secara ‘tinggal’ dan ‘ambil’ kenderaan sahaja yang dibenarkan. Malah, perkhidmatan yang disediakan oleh TCEAS akan diberikan melalui janji temu sahaja.

Pelanggan akan meninggalkan kenderaan mereka di pusat servis menerusi slot janji temu yang disahkan dan pada masa sama, pelanggan tidak dibenarkan menunggu di pusat servis.

Sebelum mendapatkan slot servis itu, anda perlu buat janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi hotline Nissan Customer Care Center menerusi 1800-88-3838 atau pusat servis terdekat.

Ini 10 pusat servis yang dibuka sempena PKP fasa keempat:

  1. TCEAS Petaling Jaya 3S - 03-7955 3288
  2. TCEAS Klang 3S - 03-3344 7021
  3. TCEAS Alor Setar 3S - 04-733 9639
  4. TCEAS Bayan Lepas 3S - 04-642 1900
  5. TCEAS Kuantan 3S - 09-517 7366
  6. TCEAS Kuala Terengganu 3S - 09-631 4854
  7. TCEAS Johor Jaya 3S - 07-364 2596
  8. TCEAS Melaka 3S - 06-335 4700
  9. TCEAS Kota Kinabalu 3S - 088-422 258
  10. TCEAS Kuching 3S - 082-388 888