Antarabangsa
PKPB: 8 Tambahan Sekatan Jalan Raya Di Lebuh Raya PLUS
Sebanyak lapan lagi tambahan Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan oleh pihak berkuasa di lebuh raya PLUS susulan pelaksanaan hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 17 SJR.
Tambahan 8 lagi lokasi SJR di plaza tol sepanjang lebuh raya PLUS membabitkan:
- Rawang
- Tanjung Malim
- Bukit Raja
- Kajang
- Bangi
- USJ
- Putra Heights
- Bandar Saujana Putra
Semalam, sebanyak 9 SJR dibuka di beberapa laluan di lebuh raya PLUS iaitu Plaza Tol Jalan Duta, Setia Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Lembah Beringin, Shah Alam dan Seafield.
PLUS terus menasihatkan orang ramai supaya kekal berada di rumah kecuali untuk urusan kerja. Ini bagi mengawal penularan wabak Covid-19 dan bertepatan dengan semangat #KitaJagaKita, bagi membolehkan petugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka dengan selamat.