Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

PKPB: Mula Kembali Bekerja, Ini Tips Penting Untuk Periksa Kenderaan Anda

Erywan 08/05/2020 | 04:20 MYT

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini akan menyaksikan ramai di antara kita mula kembali bekerja di pejabat masing-masing. Mereka yang kerap memanaskan enjin kereta sepanjang tempoh PKP sudah tentu boleh memulakan perjalanan dengan lancar namun mereka yang terlupa untuk berbuat demikian pasti akan menghadapi masalah berkaitan bateri.

Oleh sebab itu, kami kongsikan beberapa tips mudah untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik untuk ke tempat kerja. Seeloknya lakukan langkah-langkah berikut sehari sebelum anda melakukan perjalanan.

1. Periksa keadaan bateri kereta anda. Jika bateri mati, lakukan teknik ‘jumpstart’ seperti berikut:

2. Pastikan bendalir penting seperti minyak hitam, penyejuk radiator dan sebagainya berada pada paras mencukupi. Sekiranya perlu, tambah bendalir atau lebih baik lagi, hantar kereta anda ke pusat servis.

3. Periksa tahap tekanan angin tayar. Jika tidak mencukupi, isi angin terlebih dahulu di stesen petrol terdekat sebelum memulakan perjalanan. Pastikan juga tayar anda tidak mengalami gejala ‘flat spotting’.

4. Kereta yang dibiarkan di satu tempat terlalu lama berpotensi untuk menjadi sarang binatang berbahaya seperti ular. Pastikan anda periksa ruang enjin, ‘glove box’, ruang kaki, tempat duduk belakang, bonet dan sebagainya sebelum mula memandu.

5. Akhir sekali, basuh kereta dan cuci ruang kabin supaya anda lebih selesa ketika sedang memandu ke tempat kerja.

;