Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

PKPP: Aktiviti Konvoi Motosikal Dibenarkan Bermula 10 Jun ini.

Erywan
07/06/2020 07:40 MYT
Ini ada berita baik untuk kaki motosikal kapcai, skuter dan berkuasa tinggi, apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan aktiviti konvoi mula dibenarkan bermula pada 10 Jun ini.

Sejak pertengahan Mac lalu, aktiviti konvoi dilarang sama sekali kerana bagi mencegah penularan wabak Covid-19.


Pelonggaran yang diberikan itu ternyata cukup bermakna buat kaki konvoi, kerana mungkin sudah lama motosikal mereka tersadai di rumah masing-masing.

Aktiviti konvoi bermotosikal boleh dilakukan bermula pada 10 Jun ini dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat pada Selasa ini.

;